Terdapat sebuah syarikat pemula di Malaysia bernama Mesolitica mengguna pakai Amazon Web Services (AWS) sebagai tapak operasi MaLLaM. MaLLaM adalah AI Large Language Model (LLM) yang direka khas untuk belajar Bahasa Melayu. MaLLaM dikatakan mampu untuk memahami nuansa seperti slang dan loghat yang diguna pakai penutur di Malaysia dan 16 bahasa pertuturan di sekitarnya. Mesolotica menggunakan 197 set data yang mengandungi hampir 200 billion token sumber terbuka berbahasa Melayu untuk melatih MaLLaM.
Menurut AWS, langkah Mesolitica menggunakan platform AWS sebagai hos MaLLaM adalah baik kerana menggunakan AWS Trainium dan AWS Inferentia, Mesolitca boleh menjimatkan 87% kos operasi menjalankan MaLLaM dan mempertingkat output sebanyak 5.5x berbanding menggunakan hos konvensional. Tambahan pula, dengan adanya AWS cabang Asia Pacific (Malaysia), latensi mampu diturunkan sebanyak 20% menjadikan MaLLaM lebih responsif bila digunakan oleh pengguna tempatan.
MaLLaM boleh anda cuba dengan melayari laman web Mesolitica.
Percubaan ringkat Mesolitica untuk terjemahan dan percakapan loghat
Seperti yang dimaklumkan tadi, Mesolitica sudahpun boleh digunakan. Anda boleh cubanya secara percuma untuk tempoh terhad. Kami wujudkan akaun Mesolitica dan cubanya untuk lakukan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dan juga loghat Kelantan. Kami lagakannya dengan OpenAI ChatGPT dan juga Google Gemini.
Terjemahan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
Berikut adalah teks sumber yang dicedok daripada satu artikel daripada SoyaCincau.com.
Unifi is spreading cheer among its loyal broadband customers with an irresistible offer, combining high-speed mobile connectivity with convenient flexibility. If you’re a Unifi Home Broadband user, it’s time to unwrap these exclusive perks and upgrade your digital lifestyle.
A 6-Month Complimentary UNI5G Mobile Plan
Existing Unifi Home Broadband customers can enjoy a 6-month complimentary trial of the UNI5G Postpaid 69 or UNI5G Postpaid 39 plans.
Depending on which plan you go for, you will get up to 60GB of High-Speed data which includes both 4G and 5G connectivity and up to 60GB of hotspot data. For UNI5G Postpaid 69, you will be automatically upgraded to Unlimited Data at no additional cost during the trial period.
Teks sumber ini disuapkan ke dalam tiga ChatBot iaitu Mesolitica, ChatGPT dan Google Gemini. Untuk terjemahan, semua ChatBot menerima prompt yang sama iaitu “adapt this into Bahasa Melayu”.
Mesolitica | OpenAI ChatGPT | Google Gemini |
Unifi sedang menyebarkan kegembiraan di kalangan pelanggan broadband setia mereka dengan tawaran yang tidak dapat dilawan, menggabungkan sambungan kelajuan tinggi mudah alih dengan fleksibiliti yang mudah. Jika anda pengguna Unifi Home Broadband, ia masanya untuk mengekstrak faedah eksklusif ini dan meningkatkan gaya hidup digital anda. Pelanggan Broadband Unifi sedia ada boleh menikmati percubaan percuma selama 6 bulan terhadap pelan Unifi5G Postpaid 69 atau Unifi5G Postpaid 39. Berdasarkan pelan yang anda pilih, anda akan mendapat sehingga 60GB data laju termasuk kedua-dua sambungan 4G dan 5G serta sehingga 60GB data hotspot. Untuk Unifi5G Postpaid 69, anda secara automatik akan naik taraf kepada Data Tanpa Had pada kos tambahan semasa tempoh percubaan. | Unifi kini menawarkan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan untuk pelanggan setia Broadband mereka, menggabungkan kelajuan internet mudah alih yang tinggi dengan fleksibiliti yang mudah. Jika anda adalah pengguna Unifi Home Broadband, inilah masanya untuk menikmati kelebihan eksklusif ini dan meningkatkan gaya hidup digital anda. Pelan Mudah Alih UNI5G Percuma Selama 6 Bulan Pelanggan Unifi Home Broadband sedia ada boleh menikmati percubaan percuma selama 6 bulan bagi pelan UNI5G Postpaid 69 atau UNI5G Postpaid 39. Bergantung pada pelan yang anda pilih, anda akan mendapat sehingga 60GB data berkelajuan tinggi yang merangkumi rangkaian 4G dan 5G, serta sehingga 60GB data hotspot. Untuk UNI5G Postpaid 69, anda akan dinaik taraf secara automatik kepada Data Tanpa Had tanpa sebarang kos tambahan sepanjang tempoh percubaan. | Unifi meraikan kesetiaan pelanggan jalur lebar mereka dengan tawaran hebat yang menggabungkan ketersambungan mudah alih berkelajuan tinggi dengan fleksibiliti. Jika anda pengguna Unifi Home Broadband, inilah masanya untuk menikmati faedah eksklusif ini dan menaik taraf gaya hidup digital anda. Pelan Mudah Alih UNI5G Percuma 6 Bulan Pelanggan Unifi Home Broadband sedia ada boleh menikmati percubaan percuma selama 6 bulan untuk pelan UNI5G Postpaid 69 atau UNI5G Postpaid 39. Bergantung pada pelan yang anda pilih, anda akan mendapat sehingga 60GB data Berkelajuan Tinggi yang merangkumi ketersambungan 4G dan 5G serta sehingga 60GB data hotspot. Untuk UNI5G Postpaid 69, anda akan dinaik taraf secara automatik kepada Data Tanpa Had tanpa kos tambahan semasa tempoh percubaan. |
Daripada hasil terjemahan, didapati yang Mesolotica dan ChatGPT berikan terjemahan terus yang walaupun maksud setiap perkataan itu ada, kontek dan lenggok ayatnya tidak sebaik Google Gemini. Gemini berjaya sampaikan intipati ayat pertama tanpa menghilangkan perkataan daripada teks sumber. Mesolitica juga gagal untuk terjemahkan perkataan “depending” dalam perenggan ketiga yang lebih tepat diterjemah kepada “bergantung”.
Boleh disimpulan yang Gemini berjaya menterjemah teks sumber paling baik diikuti ChatGPT dan akhir sekali Mesolitica.
Terjemahan ke dalam loghat Kelantan
Mesolitica juga ia mampu fahami lenggok bahasa dan dialek tempatan. Jadi, kami suapkan ChatBot itu dengan prompt ini:
anda boleh cakap loghat kelantan?
cuba tukar ayat ini ke dalam loghat kelantan
awak dah makan?
kalau dah makan, awak makan apa tadi?
saya tadi datang daripada bandar, ada urusan sikit.
Berikut adalah hasilnya.
Mesolitica | OpenAI ChatGPT | Google Gemini |
Ambo nok tanyo, kalu demo doh makon? Kalu doh makon, apo pulok hok demo makon tu tadi? Ambo tadi datang dari bandar, ado sikit-sikit kijo. Gapo-gapo pong, ambo tak der masaloh. Tapi kalu demo nok tau, ambo datang ni sebab nok cari makan. Ambo lapo gile tadi. Ambo nak makeyong laie ni. Kalu demo ado apa-apa, tolong la ambo sekali. Ambo nok makeyong laie ni, mok laie ambo mok tok. Jange lupo, ambo doh lapo gile tadi. | Boleh! Berikut ayat dalam loghat Kelantan: Demo dah make? Kalu doh make, demo make gapo tadi? Kawe tadi mari dari bandar, ado urusan sikit. | Hoiii, demo dah makee doh ka? Kalu dah makee, makee gapo tadi? Aku tadi mari dari bande, ado uroh sikit. |
Mesoltica gagal hasilkan ayat terjemahan ke loghat Kelantan sebetulnya. Bukan sahaja gagal terjemah, malah dia masukkan ayat yang tidak ada di dalam prompt. ChatGPT dilihat terbaik kerana kekal berada dalam konteks. Gemini pula hampir berjaya tapi pada ayat terakhir, ada satu perkataan yang janggal iaitu “uroh”. Ia tidak pula kami temui dalam mana-mana sumber yang maksudnya adalah “urusan”.
Sumber: Bernama