• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stesen DC 240kW termurah di Melaka oleh EVPower mula beroperasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:29 am
  • 10/12/2024
  • Komen
Stesen DC 240kW termurah di Melaka oleh EVPower mula beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna EV di Melaka jangan lupa singgah ke The Concept Hotel. Ada pengecas DC dengan kadar termurah boleh anda manfaatkan, serendah RM1.02/kWh untuk pemegang kad CIMB. Sebenarnya pengecas DC di lokasi tersebut telah dinaik taraf daripada 60kW sebelum ini. Lokasinya agak strategik kerana sementara menunggu EV dicas, ada banyak kedai-kedai boleh anda singgah.

Pengecas DC 240kW The Concept Hotel Melaka

Stesen EV The Concept Hotel, Melaka menawarkan kedua-dua pengecasan DC dan AC.



Untuk DC 240kW, sebanyak 2 nozel CCS2 disediakan dan konfigruasi perkongsian kuasa secara dinamik telahpun diaktif. Ia bermakna, kuasa maksimum 240kW dibahagikan merentasi nozel mengikut keperluan. Kalau nak nikmati 240kW, anda hendaklah satu-satunya EV yang menggunakan pegecas DC ketika itu.

Selain daripada DC, 8 nozel pengecas AC juga disediakakn untuk pengecasan yang lebih murah ataupun buat pengguna yang tidak mengejar masa.



Pada segi kadar bayaran, pengendali stesen EV itu menetapkan kadar promosi RM1.20/kWh untuk DC sementara RM1.00 untuk AC. Satu benda menarik tentang pengecas di The Concept Hotel ini adalah terminal pembayaran yang diperkasa JuiceUp juga disediakan. Maka, anda cuma tap kad pembayaran macam anda isi minyak petrol untuk mula mengecas, tak perlu pasang aplikasi tambahan di telefon pintar.

Pengguna kad CIMB ada diskaun 15%

Sekiranya anda bayar servis mengecas menggunakan kad CIMB, diskaun sebanyak 15% akan diberikan. Hal ini bermakna kadar istimewa RM1.02/kWh (DC) dan RM0.85/kWh (AC) dikenakan kepada anda. Jangan lupa juga untuk masukkan kod WC25CIMB ke dalam aplikasi EVPower untuk dapat kredit pengecasan bernilai RM25 secara percuma.

Tags: cpoEVEVPowerJuiceUpPengecas EV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Stesen DC 240kW termurah di Melaka oleh EVPower mula beroperasi

Stesen DC 240kW termurah di Melaka oleh EVPower mula beroperasi

10 December 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN