• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa peranti komunikasi wajib ada pelekat MCMC atau SIRIM?

  • OLEH Najib
  • 11:31 am
  • 03/01/2019
  • Komen
Kenapa peranti komunikasi wajib ada pelekat MCMC atau SIRIM?
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) baru-baru ini mengingatkan orang ramai untuk memastikan, peranti komunikasi yang digunakan diperakui oleh SKMM atau SIRIM. Ini kerana penggunaan peranti yang tidak diperakui dilihat semakin meningkat kebelakangan ini, dan ia akan membawa kepada banyak masalah.

Orang ramai mungkin tidak sedar atau perasan tentang peranti mereka, sama ada telah diperakui oleh SKMM atau belum. Ini kerana pembelian produk dari luar negara menjadi semakin mudah dan ia tidak melalui proses perakuan terlebih dahulu. Produk tersebut antaranya ialah telefon tanpa wayar (DECT), pagar berpalang RFID, peralatan audio video wayarles, WiFi Booster dan banyak lagi.



https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1077370716725506049

Penggunaan peranti yang diperakui ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. Semua peranti dan peralatan komunikasi perlu diperakui bagi membolehkannya digunakan di Malaysia.



Walaupun peranti dan peralatan yang digunakan memiliki label luar negara seperti CE dan FCC, tetapi ia masih berkemungkinan tidak boleh digunakan di dalam Malaysia. Ini kerana frekuensi ia beroperasi di luar negara, mungkin tidak boleh digunakan di Malaysia kerana frekuensi tersebut telah diperuntukkan untuk kegunaan komunikasi lain di sini.

Gangguaan frekuensi ini akan menyebabkan kualiti perkhidmatan merosot, bukan sahaja pada peranti malah kepada peralatan komunikasi lain. Kesannya lebih teruk jika gangguan menyebabkan perkhidmatan keselamatan seperti perkhidmatan kecemasan dan kawalan trafik udara terganggu.

Kerana itu, SKMM menasihatkan orang ramai untuk membeli peranti dan peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC dan SIRIM, sebagai pengesahan ia mengikuti standard yang ditetapkan di Malaysia. Selain itu, pengesahan ini juga memastikan peralatan tersebut selamat dari kecacatan, kerosakan atau bahaya kepada produk komunikasi lain, selain melindungi hak dan keselamatan pengguna.

Untuk memeriksa pengesahan peranti, orang ramai boleh merujuk ke laman web Check Your Label (CYL) MCMC atau menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

[Gambar: Cilisos]

Tags: MCMCSIRIMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Kenapa peranti komunikasi wajib ada pelekat MCMC atau SIRIM?

Kenapa peranti komunikasi wajib ada pelekat MCMC atau SIRIM?

3 January 2019
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER