• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nampak perokok di tempat makan? Laporkan terus pada KKM

  • OLEH Najib
  • 9:56 am
  • 04/01/2019
  • Komen
Nampak perokok di tempat makan? Laporkan terus pada KKM
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 1 Januari 2019, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan larangan merokok di semua tempat makan di Malaysia. Perkara ini disambut positif oleh orang ramai, walau masih ada yang tidak berkenan dengan tindakan ini sehingga mahu mengambil tindakan mahkamah.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan yang berkuatkuasa 1 Januari lalu, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju yang penuh bertamadun menjelang 2020. Aktiviti penguatkuasaan akan dijalankan 24 jam setiap hari.



Bagi membantu usaha kerajaan untuk menguatkuasakan larangan ini, orang ramai boleh membuat aduan melalui talian khas yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk mereka yang ingin membuat aduan secara panggilan, boleh menghubungi di talian 03 8892 4530 pada waktu pejabat.



Manakala pengguna yang ingin meninggalkan pesan dan gambar, boleh menghantar pesanan menerusi WhatsApp di nombor 010 860 8949. Talian ini tidak akan memberi sebarang balasan, hanya digunakan untuk menerima pesanan sahaja.

Maklumat yang boleh dikongsikan di dalam tersebut adalah nama tempat makan dan lokasinya, gambar perokok yang sedang merokok di dalam tempat makan, serta waktu dan tarikh gambar diambil. Kedai makan yang tidak mempamer papan tanda larangan merokok juga boleh dikenakan tindakan.

Sama-sama kita jadikan tempat makan di Malaysia bebas asap rokok.

[Sumber: KKM]

Tags: Kementeriam Kesihatan Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nampak perokok di tempat makan? Laporkan terus pada KKM

Nampak perokok di tempat makan? Laporkan terus pada KKM

4 January 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN