• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Megapad 11 dilancar di Malaysia, tablet 4G mampu milik ada bateri besar 8,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:45 pm
  • 16/01/2025
  • Komen
Tecno Megapad 11 dilancar di Malaysia, tablet 4G mampu milik ada bateri besar 8,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mungkin kenal Tecno sebagai jenama telefon pintar, tetapi Tecno juga ada menawarkan peranti lain seperti tablet dalam barisan produk mereka. Kini, Tecno telah melancarkan tablet terbaharu mereka, Megapad 11 di Malaysia, menjadikannya tablet Tecno pertama yang ditawarkan di pasaran kita.

Walaupun Megapad 11 dikategorikan sebagai tablet mampu milik bawah RM1,000, ia menawarkan ciri mencukupi seperti mempunyai sambungan 4G LTE, bateri besar 8,000mAh, serta dilengkapi aplikasi WPS Office dan pelbagai fungsi AI.



Harga dan ketersediaan Tecno Megapad 11 di Malaysia

Tecno Megapad 11 ditawarkan dalam satu varian di Malaysia dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Tecno Megapad 11 (RAM 8GB + storan 256GB, WiFi +LTE) – RM899

Setiap pembelian Megapad 11 juga didatangkan dengan sarung perlindungan dan papan kekunci Bluetooth secara percuma. Anda boleh dapatkan Megapad 11 di stor rasmi Tecno di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Walaupun Megapad 11 dilancarkan dalam satu varian di Malaysia, kelihatan ia juga disenaraikan dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB oleh penjual pihak ketiga. Varian dengan storan lebih kecil ini dijual pada harga RM699.

Megapad 11 disediakan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau.

Spesifikasi Tecno Megapad 11

Seperti namanya, Tecno Megapad 11 adalah sebuah tablet bersaiz 11″. Ia menggunakan panel paparan jenis IPS LCD dengan resolusi FHD+ 1920 x 1200 dan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahan puncak 440 nits disokong panel paparan ini.

Atas papan utama, tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G99 6nm, cip yang berusia hampir tiga tahun. Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan seluas 256GB. Kad mikroSD turut diterima membolehkan storan diperluas ke 512GB.

Sistem pengimejan Megapad 11 didatangkan dengan dua kamera, satu kamera utama 13MP di belakang dan kamera selfie 8MP yang diletakkan dalam bingkai skrin. Untuk audio, tablet ini memiliki empat speaker dengan sokongan Dolby Atmos.

Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada tablet adalah sebesar 8,000mAh. Tecno dakwa masa penggunaan tablet boleh mencecah sehingga 29 jam untuk penggunaan biasa, penstriman video sehingga 5 jam dan boleh bertahan sehingga 71 hari apabila dalam mod “airplane”.

Jika kehabisan bateri, Megapad 11 boleh dicas dari kosong ke 50% dalam masa satu jam, dan mengambil masa 3 jam untuk penuh menggunakan pengecasan 18W yang disokong.

Daripada segi perisian, Megapad 11 menjalankan sistem operasi Android 14 sejurus keluar kotak. Untuk produktiviti, ia juga didatangkan dengan aplikasi WPS Office dan boleh menjalankan sehingga empat aplikasi serentak melalui mod split screen. Malah, anda juga boleh memindah fail dengan mudah antara aplikasi apabila dalam mod tersebut.

Tambahan pula, Tecno turut memuatkan tablet ini dengan sejumlah fungsi AI yang dibangunkan berasaskan pembantu AI mereka, iaitu Ella AI. Ciri ini boleh bantu anda dengan tugas terjemahan melalui suara, teks, dan imej, serta merumuskan dokumen kepada poin penting. Macam peranti Tecno yang lain, tablet ini juga memiliki pembantu suara Ella yang dikuasakan ChatGPT.

Selain itu, tablet ini juga menyokong ciri ketersambungan seperti 4G, Bluetooth 5.2 dan WiFi 5.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Tecno Megapad 11.

Tags: megapad 11tablettecnotecno malaysiaTecno Megapad 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno Megapad 11 dilancar di Malaysia, tablet 4G mampu milik ada bateri besar 8,000mAh

Tecno Megapad 11 dilancar di Malaysia, tablet 4G mampu milik ada bateri besar 8,000mAh

16 January 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER