• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 mula dijual 15 Januari dengan tempahan dibuka sekarang

  • OLEH Najib
  • 6:11 pm
  • 04/01/2019
  • Komen
Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 mula dijual 15 Januari dengan tempahan dibuka sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft Malaysia mengumumkan ketibaan Surface Pro 6 dan Surafe Laptop 2 ke Malaysia, dengan tempahan awal dibuka dari hari ini. Kedua-dua peranti ini akan mula dijual di Malaysia pada 15 Januari 2019.

Microsoft Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 boleh ditempah sekarang dari penjual sah Microsoft Malaysia iaitu All IT, Harvey Norman, Lazada – Microsoft Flagship Store, PC Image, SNS, SenQ / Senheng, dan Thunder Match . Ia juga boleh didapati menerusi pengedar sah komersial termasuk Prestariang, SoftwareOne, dan Ingram Micro.



Kedua-dua laptop ini pertama kali diperkenalkan ke khalayak ramai pada Oktober tahun lepas. Diperkenalkan dalam dua warna, tetapi hanya satu warna sahaja iaitu Platinum, akan dijual di Malaysia buat masa ini. Tidak pula dimaklumkan tentang kedatangan warna hitam.

Surface Pro 6

Surface Pro 6 masih mengekalkan bentuk yang sama dengan Surface Pro 2015. Ia ada paparan PixelSense seluas 12.3-inci. Seperti sebelumnya, masih tiada USB-C disediakan sebaliknya port yang ada ialah USB3.0 Type-A, Mini DisplayPort, jek audio dan pembaca kad mikroSD.



Surface Pro 6 dikuasakan cip Intel Core-i generasi ke-8, bersama RAM 8GB atau 16GB, dan storan SSD dari 128GB sehingga 512GB. Baterinya dikatakan boleh memberi tenaga sehingga 13.5 jam bermain video berterusan.

Surface Laptop 2

Surface Laptop 2 pula ialah laptop ultra ringan dengan tenaga bateri untuk penggunaan sehingga 14.5 jam lamanya. Ia menggunakan paparan PixelSense 13.5-inci dan peka sentuhan 10 titik.

Sama seperti Surface Pro 6, Surface Laptop 2 juga menggunakan kuasa dari cip Intel Core-i generasi ke-8, bersama RAM 8GB tau 16GB, dan storan SSD dari 128GB sehingga 512GB. Bagaimanapun untuk tempahan awal ini, hanya variasi berkuasa cip Intel Core-i5 dengan pilihan storan SSD 128GB dan 256GB sahaja.

Harga Jualan

Berikut ialah senarai penuh model dan harga jualan Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2, serta aksesori berkaitan:

Model Harga Runcit
Surface Pro 6 (Warna Platinum sahaja)
Surface Pro 6 Intel i5/8GB RAM/128GB SSD RM4,399
Surface Pro 6 Intel i5/8GB/256GB SSD RM5,799
Surface Pro 6 Intel i7/8GB RAM/256GB SSD RM7,079
Surface Pro 6 Intel i7/16GB RAM/512GB SSD RM8,999
Surface Laptop 2 (Warna Platinum sahaja)
Surface Laptop 2 Intel i5/8GB RAM/128GB SSD RM4,829
Surface Laptop 2 Intel i5/8GB RAM/256GB SSD RM6,199
Aksesori
Surface Pen
(Platinum, Burgundy dan Cobalt Blue)
RM399
Type Cover untuk Surface Pro 6
(Hitam Sahaja)
RM473
Signature Type Cover untuk Surface Pro 6
(Platinum, Burgundy dan Cobalt Blue)
RM634
Signature Type Cover dengan Pengimbas Capjari untuk Surface Pro 6
(Hitam Sahaja)
RM634
Surface Mobile Mouse
(Platinum, Burgundy dan Cobalt Blue)
RM187
Tags: Microsoftsurface laptop 2surface pro 6
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 mula dijual 15 Januari dengan tempahan dibuka sekarang

Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 mula dijual 15 Januari dengan tempahan dibuka sekarang

4 January 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER