Artikel ini dibawakan oleh PROTON e.MAS Cheras – Able Mobility Sdn Bhd
Berfikir untuk beralih ke kenderaan elektrik? Able Mobility Sdn Bhd ada melancarkan bilik pameran Proton e.MAS terbaharu dan orang ramai dijemput hadir untuk melihat dengan lebih dekat Proton e.MAS 7. Sekarang, Proton e.MAS 7 adalah EV paling hangat di pasaran dan ini adalah masa terakhir untuk anda nikmati promosi istimewa sehingga rebat RM4,000.
Bilik pameran Proton e.MAS Cheras Able Mobility terletak di Taman Sri Bahtera Cheras dan mereka akan mengadakan pelancaran pembukaan dan sambutan Rumah terbuka Tahun Baru Cina pada hari Ahad, 9 Februari 2025 jam 9 pagi. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan majlis dan menyaksikan pelancaran bilik pameran Proton e.MAS terbaharu ini.
Pelanggan yang hadir boleh nikmati tawaran eksklusif, aktiviti menarik dan juadah lazat bertemakan Tahun Baru Cina. Anda boleh daftarkan minat anda dengan mengisi borang Google Form ini.
Spesifikasi Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7 adalah EV pertama oleh pengeluar kereta nasional ini dan ia dibina menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) Proton-Geely. e.MAS 7 tampil dengan satu motor di hadapan yang menghasilkan 160kW (215hp) dan 320 tork, membolehkan SUV elektrik ini pecut dari 0-11km/j dalam masa 6.98 saat.
Varian Proton e.MAS 7 Prime didatangkan dengan bateri 49.52kWh yang mampu menawarkan jarak kembara WLTP sehingga 345km. Manakala, varian Proton e.MAS 7 Premium pula memiliki bateri lebih besar, 60.22kWh yang memberikan jarak kembara lebih jauh 410km mengikut piawaian WLTP.
Kedua-dua varian ini menyokong pengecasan AC tiga fasa 11kW dan pengecasan pantas DC sehingga 100kW untuk model Premium. Menurut Pro-Net, kedua-dua varian e.MAS 7 boleh dicas dari 30-80% dalam masa sekitar 20 minit.
Selain itu, Proton e.MAS 7 juga menyokong Vehicle-to-Load (V2L), ciri yang membolehkan EV ini dijadikan sebagai sumber kuasa dengan kuasa mengecas sehingga 3.3kW.
Memandangkan e.MAS 7 adalah sebuah EV, ia memerlukan penyelenggaraan yang lebih minima berbanding kenderaan petrol. Berdasarkan jadual servis rasmi, e.MAS 7 hanya perlu diservis sekali setiap satu tahun atau setiap 20,000km selepas servis 5,000km pertama. Tiada pelincir, spark plug atau cecair transmisi yang perlu digantikan.
Antara perkara yang disenaraikan untuk penggantian adalah penapis udara, gear pengurangan, cecair brek dan penyejuk motor.
Panggilan terakhir untuk dapatkan Proton e.MAS 7 pada harga promosi pelancaran!
Seperti yang diumumkan ketia pelancaran Proton e.MAS 7, pembeli awal boleh nikmati manfaat berikut:
- Rebat RM4,000
- pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500
- Penyesuai V2L bernilai RM500
- Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800
- Waranti kenderaan 6 tahun dan waranti komponen dan bateri 8 tahun/160,000km.
Rebat pelancaran RM4,000 pada awalnya diberikan untuk 3,000 pelanggan pertama, tetapi ia telah dilanjutkan untuk 3,000 pelanggan lagi. Ini adalah panggilan terakhir anda untuk mendapatkan Proton e.MAS7 pada harga promosi pelancaran RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 untuk varian Premium.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Kunjungi Proton e.MAS Able Mobility di Cheras pada hari Ahad ini dan buat tempahan anda untuk memastikan tawaran istimewa ini.