• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

  • OLEH Penaja
  • 5:44 pm
  • 19/02/2025
  • Komen
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank

AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia memperkukuh ciri keselamatannya dengan memperkenalkan Mobile Security Platform (MSP), satu teknologi perlindungan canggih untuk aplikasi mudah alih mereka. Ia adalah komitmen berterusan AEON Bank untuk menawarkan pengalaman perbankan digital yang lebih selamat dan dipercayai kepada para pelanggan.



Teknologi perlindungan berterusan dengan MSP

MSP AEON Bank berfungsi dengan memantau peranti pengguna secara berterusan untuk mengesan ancaman dan perisian hasad yang boleh menjejaskan keselamatan aplikasi perbankan digital AEON Bank. Teknologi ini bertindak secara proaktif untuk melindungi aplikasi perbankan daripada sebarang potensi ancaman keselamatan

Sekiranya peranti dikesan telah terjejas sama ada akibat dipecah sekat, pengakaran peranti atau sebarang pengubahsuaian yang dapat mengancam keselamatan peranti, pengguna akan diberi amaran serta akses kepada aplikasi AEON Bank akan disekat sementara waktu. 



Langkah keselamatan ini diambil bagi memastikan data pelanggan tidak dicuri atau diakses tanpa kebenaran. Paling penting, MSP juga tidak akan mengutip, memproses atau menyimpan data peribadi daripada peranti pengguna.

Cara MSP melindungi peranti anda

MSP menampilkan keselamatan berlapis untuk menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap pengguna seperti:

  • Pengesanan Ancaman & Amaran: Anda akan menerima notifikasi keselamatan dalam aplikasi sekiranya peranti anda dikesan tidak selamat, memastikan anda sedar tentang potensi risiko.
  • Panduan Penyelesaian: Akses boleh dipulihkan dengan anda menghapuskan ancaman keselamatan yang dikesan, seperti mengembalikan tetapan asal kilang pada peranti. AEON Bank menasihatkan anda untuk membuat salinan data sebelum menetapkan semula peranti.
  • Akses Semula yang Selamat: Setelah isu keselamatan diselesaikan, anda boleh melancarkan semula atau muat turun semula aplikasi AEON Bank untuk kembali menggunakan perkhidmatan perbankan digital yang selamat.

Keselamatan adalah keutamaan AEON Bank

YM Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, menegaskan bahawa perlindungan data pelanggan adalah keutamaan utama AEON Bank sebagai sebuah bank digital sepenuhnya. 

Tambah beliau, “Teknologi perlindungan Mobile Security Platform (MSP) memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman perbankan digital yang selamat dan dipercayai. Kemustahakan utama kami ialah untuk memastikan bahawa  para pelanggan dapat terus menggunakan aplikasi AEON Bank dengan selamat dan dengan penuh yakin”.

Pelanggan perlu sentiasa berwaspada

Walaupun AEON Bank telah memperkenalkan teknologi keselamatan terbaru ini, AEON Bank menggalakkan anda mengambil tindakan tambahan bagi memastikan keselamatan akaun perbankan, termasuk:

  • Semak kebenaran aplikasi peranti secara berkala pada peranti
  • Pantau penggunaan data untuk mengesan sebarang peningkatan bil telefon yang luar biasa atau tidak dijangka
  • Semak baki akaun secara berkala dan penyata dengan kerap, laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada khidmat pelanggan AEON Bank.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peningkatan keselamatan yang dibawakan oleh AEON Bank, anda boleh layari laman FAQ AEON Bank dan muat turun aplikasi AEON Bank dengan mengimbas kod QR di bawah.

Tags: aeon bankaeon bank bank digitalBank Digitalpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN