• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer Phone 2 akan muncul secara rasmi di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 6:24 pm
  • 07/01/2019
  • Komen
Razer Phone 2 akan muncul secara rasmi di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, antara berita terakhir tahun 2018 yang dikongsi oleh U Mobile ialah kedatangan telefon pintar Razer Phone 2. Mereka memaklumkan, ia akan datang ke U Mobile tidak lama lagi.

Hari ini, kami menerima jemputan ke satu acara berkenaan ketibaan Razer Phone 2 ke Malaysia. Tetapi jemputan ini bukanlah dari U Mobile.



Acara ini akan diadakan pada 15 Januari 2019. Tiada perkara lain dikongsikan dalam jemputan ini, pastinya lebih banyak maklumat akan dimaklumkan menghampiri tarikh ini kelak.

Buat masa ini, set import Razer Phone 2 dijual pada harga RM3,298. Mungkin harga set rasmi juga akan dijual sekitar harga ini.



Razer Phone 2 ialah telefon pintar gaming keluaran Razer generasi ke-2. Ia memiliki skrin QuadHD+ seluas 5.72-inci, dengan kadar segar semula UltraMotion 120Hz.

Kuasa pemprosesnya menggunakan enjin Snapdragon 845, dengan RAM LPDDR4 8GB dan storan dalaman UFS2.1 64GB. Kad mikroSD sedia diterima untuk meluaskan ruang simpanan sehingga 1TB.

Telefon ini dipasang logo Razer dengan lampu Chroma RGB di belakang. Kameranya menggunakan dwi-lensa 12MP F1.75 + 12MP F2.6 telefoto di belakang, bersama satu lensa 8MP F2.0 di hadapan.

Kehebatan bermain game di Razer Phone 2 diperkasa dengan sistem bunyi stereo, bateri besar 4,000mAh, pengecas pantas QuickCharge 4.0 melalui USB-C, serta kalis air dan debu IP67.

Tags: razerrazer phone 2
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Razer Phone 2 akan muncul secara rasmi di Malaysia bulan ini

Razer Phone 2 akan muncul secara rasmi di Malaysia bulan ini

7 January 2019
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER