• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Aspire 14 AI berkuasa Lunar Lake tiba di Malaysia, harga bermula RM3,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:07 pm
  • 20/02/2025
  • Komen
Acer Aspire 14 AI berkuasa Lunar Lake tiba di Malaysia, harga bermula RM3,999
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia telah mengumumkan kehadiran laptop Acer Aspire 14 AI baharu ke Malaysia. Ia adalah penawaran laptop Copilot+ PC terkini Acer yang menampilkan cip Intel Core Ultra Lunar Lake yang menawarkan prestasi AI tinggi sehingga 40 TOPS dan hayat bateri panjang.

Harga Acer Aspire 14 AI di Malaysia

Laptop Aspire 14 tersedia didapatkan orang ramai sekarang dan ia ditawarkan dalam dua varian cip pemproses Core Ultra 5 atau Core Ultra 7. Berikut adalah harganya di Malaysia:



  • Acer Aspire 14 (Core Ultra 7 258V, RAM 32GB, SSD 1TB) – RM4,699
  • Acer Aspire 14 (Core Ultra 5 226V, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM3,999

Untuk meraikan pelancarannya, Acer juga menawarkan pendrive SanDisk Type-C 256GB Dual Drive bernilai RM169 secara percuma sekiranya anda membeli Aspire 14 sebelum 7 Mac 2025.

Spesifikasi Acer Aspire 14 AI

Berkenaan spesifikasi, Aspire 14 AI ini dilengkapi dengan panel paparan IPS berukuran 14-inci menggunakan 16:10 dengan resolusi WUXGA. Rekaan laptop juga agak slim dengan memiliki ketebalan 16.9mm dan berat 1.4kg, serta menampilkan casis diperbuat daripada aluminium dengan engsel yang boleh dibuka 180 darjah.



Atas papan utama, laptop ini mengguna pakai cip pemproses Intel Core Ultra Series 2, sama ada Core Ultra 5 226V atau Core Ultra 7 258V. Model dengan Core Ultra 5 disediakan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan SSD 512GB, manakala model Core Ultra 7 pula didatangkan dengan RAM LPDDR5X 32GB dan storan SSD 1TB.

Membekalkan tenaga pada laptop adalah bateri berkapasiti 65Whr dengan hayat bateri dikatakan mampu mencapai sehingga 14.5 jam dalam satu isian penuh. Aspire 14 AI juga didatangkan dengan butang AcerSense untuk akses mudah pada ciri AI di laptop, serta mempunyai teknologi pembatalan hingar AI Acer Purified Voice yang dapat tingkatkan kejelasan suara ketika persidangan video.

Sambungan fizikal yang ada pada laptop termasuk satu HDMI 2.1, dua USB 4 (Type-c). Untuk ketersambungan, ia menyokong WiFi 6E, Bluetooth 5.3 dan juga LE Audio.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Aspire 14 AI.

Tags: Aceracer aspireAcer Aspire 14 AIAcer MalaysiaAspire 14 AIcopilot+ pclaptop
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Aspire 14 AI berkuasa Lunar Lake tiba di Malaysia, harga bermula RM3,999

Acer Aspire 14 AI berkuasa Lunar Lake tiba di Malaysia, harga bermula RM3,999

20 February 2025
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN