• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer lancar penggoreng udara 2-dalam-1 Acerpure CHEF KF1, diskaun RM300 untuk waktu terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:51 pm
  • 21/02/2025
  • Komen
Acer lancar penggoreng udara 2-dalam-1 Acerpure CHEF KF1, diskaun RM300 untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Pada majlis pelancaran laptop Aspire 14 AI, Acer Malaysia turut mengumumkan Acerpure CHEF KF1. Ia merupakan penggoreng udara 2 dalam 1 yang direka dengan fungsi boleh diterbalikkan, membolehkan pengguna untuk menggoreng dan memasak menggunakan periuk.

Harga Acerpure CHEF KF1 Flip di Malaysia

Acerpure CHEF KF1 dilancarkan di Malaysia pada harga RM799. Namun, ia boleh didapati pada harga lebih murah pada harga RM499 jika anda pratempahnya di antara 25 Februari hingga 1 Mac 2025.



Sebagai promosi pelancaran, Acerpure CHEF KF1 turut boleh didapati pada harga RM599 untuk pembelian selepas 2 Mac 2025 dan pembeli akan menerima aksesori bernilai RM69.

Ciri-ciri Acerpure CHEF KF1 Flip

Acerpure CHEF KF1 Flip seperti yang dinyatakan tadi adalah penggoreng udara 2 dalam 1. Ia tampil dengan bekas penggoreng udara besaiz 5.5L yang boleh memuatkan lebih tujuh peha ayam, dan boleh digunakan dengan periuk masak sebesar 2.5L untuk memasak telur apabila diterbalikkan.



Bekas penggoreng udaranya adalah jenis kaca yang menawarkan penglihatan 360 darjah terhadap makanan yang sedang dimasak, selain ianya tidak mengandungi toksik dan tahan haba. Acerpure CHEF KF1 juga memiliki dulang dengan 390 lubang untuk titisan minyak membolehkan pengguna mendapatkan hidangan yang lebih sihat dan berkalori lebih rendah.

Penggoreng udara tersebut turut menampilkan teknologi TurboHeat 360 darjah yang mengedarkan udara panas lebih daripada 3,000 putaran seminit, memastikan penghangatan yang sekata. Acer juga mendakwa bekas kacanya juga dapat mencegah pengekalan bau, lantas menyediakan proses pemasakan yang segar.

Selain menggoreng, periuk 2.5L di atasnya boleh digunakan untuk pelbagai keperluan memasak, termasuk mendidih, menumis dan memanggang. Periuk masak ini juga adalah jenis tidak melekat dan dikatakan Acer mempilik rekaan yang mudah dibersihkan.

Acerpure CHEF KF1 didatangkan dengan lima mod memasak pintar yang memudahkan pengguna untuk masak makanan berbeza dengan satu sentuhan preset. Bukan setakat itu, penggoreng udara ini turut hadir bersama penyepit dan sarung tangan tahan panas di dalam kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acerpure CHEF KF1.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcerpureAcerpure CHEF KF1
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Acer lancar penggoreng udara 2-dalam-1 Acerpure CHEF KF1, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Acer lancar penggoreng udara 2-dalam-1 Acerpure CHEF KF1, diskaun RM300 untuk waktu terhad

21 February 2025
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN