• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 15 Malaysia: Flagship kompak berkuasa Snapdragon 8 Elite dan bateri besar 5,240mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:40 am
  • 03/03/2025
  • Komen
Xiaomi 15 Malaysia: Flagship kompak berkuasa Snapdragon 8 Elite dan bateri besar 5,240mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan laporan sebelum ini, kini Xiaomi telah melancarkan secara rasmi flagship terbaru, Xiaomi 15 di peringkat antarabangsa dan juga Malaysia. Seperti siri Xiaomi 14 sebelum ini, pasaran kita tidak menerima model Pro, sebaliknya hanya menyaksikan ketibaan dua model yang serupa, iaitu Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra.

Harga dan ketersediaan Xiaomi 15 di Malaysia

Terdapat dua varian Xiaomi 15 yang dibawa masuk ke Malaysia dan berikut adalah harga jualannya:



  • RAM12GB + storan 256GB – RM3,499
  • RAM 12GB + storan 512GB – RM3,699

Kepada mereka yang berminat, Xiaomi didapatkan di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan putih.

Terdapat juga warna perak yang dijual ekslusif hanya di Mi.com, dengan RAM 12GB dan storan 512GB pada harga RM3,699 (RM3,599 dengan rebat tempahan awal).



Sebagai promosi tempahan awal, pembeli Xiaomi 15 juga akan terima jam pintar Xiaomi Watch S4 bernilai RM699 percuma dan rebat RM100. Tempahan awal Xiaomi 15 akan dibuka sehingga 7 Mac ini.

Spesifikasi Xiaomi 15

Xiaomi 15 mengekalkan saiz kompak seperti generasi sebelumnya namun kini, tampil dengan bezel lebih nipis, rekaan lebih kompak dan berat lebih ringan. Di hadapan, ia didatangkan dengan skrin AMOLED 6.36-inci beresolusi 2670×1200, sokong kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak mencecah 3,200 nits. 

Atas papan utama, ia diperakasa cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB.

Untuk pengimejan, Xiaomi 15 didatangkan dengan tetapan tiga kamera yang ditala Leica. Ia merangkumi kamera utama 50MP yang menggunakan sensor 1/1.31 jenis Light Fusion 900, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 50MP yang boleh zum optikal 3x. Lubang di atas skrin pula menempatkan kamera 32MP yang sama seperti sebelumnya.

Sistem bunyi Xiaomi 15 adalah jenis stereo dan ia turut diiktiraf kalis air IP68. Ciri ketersambungan yang disokong Bluetooth 5.4, WiFi 7, 5G, NFC dan pemancar inframerah.

Walaupun rekaannya kini lebih kompak, Xiaomi 15 hadir dengan bateri 5,240mAh yang 14% lebih besar berbanding Xiaomi 14 tahun lepas yang mempunyai bateri 4,610mAh. Untuk mengecas, Xiaomi 15 masih menyokong pengecasan berwayar pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar pantas 50W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi 15.

Tags: xiaomixiaomi 15xiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi 15 Malaysia: Flagship kompak berkuasa Snapdragon 8 Elite dan bateri besar 5,240mAh

Xiaomi 15 Malaysia: Flagship kompak berkuasa Snapdragon 8 Elite dan bateri besar 5,240mAh

3 March 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN