• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Honor Magic V3 diturunkan RM1,000 di Malaysia, kini boleh dibeli pada RM5,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:25 pm
  • 11/03/2025
  • Komen
Honor Magic V3: Ternipis dalam kelasnya dan kini boleh selam air
Share on FacebookShare on Twitter

Berfikir untuk beralih ke telefon boleh lipat gaya buku tetapi harganya yang mahal menghalang anda? Kini, Honor Malaysia telah mengumumkan penurunan harga kekal untuk Magic V3 dengan ia boleh didapatkan bawah RM6,000 sempena sambutan Raya yang bakal tiba.

Dilancarkan pada September tahun lalu, Honor Magic V3 merupakan telefon lipat gaya buku paling nipis berukuran hanya 9.2mm apabila dalam keadaan terlipat, dan 4.35mm apabila lipatannya dibuka.



Harga baru Honor Magic V3 di Malaysia bawah RM6,000

Harga Honor Magic V3 dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 512GB kini diturunkan daripada RM6,999 ke RM5,999, iaitu penurunan sebanyak RM1,000. Harga baru ini ditawarkan bermula 10 Mac dan anda boleh mendapatkannya melalui stor online Honor di  Lazada dan Shopee.

Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu hijau, coklat dan hitam. Berdasarkan penyenaraian di stor rasmi Honor, pembelian juga didatangkan dengan jaminan perlindungan skrin 365 hari bernilai RM1,599.



Spesifikasi Honor Magic V3

Honor Magic V3 didatangkan dengan paparan luar 6.43” 120Hz FHD+ OLED berkecerahan 5,000nits. Resolusi paparan luar yang dimilikinya ialah 2376 x 1050. Apabila dibuka, anda beroleh skrin lebih luas berukuran 7.92” FHD+ LTPO OLED pada resolusi 2344 x 2156 dan menyokong kecerahan puncak 1,800 nits.

Atas papan utama, Magic V3 diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB. Sejurus keluar kota, ia akan menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14.

Untuk kamera, telefon lipat ini menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.6, kamera telefoto periskop 50MP f/3.0 yang mampu mengezum optikal 3.5x dan kamera ultralebar 40MP f/2.2. Selfie pula boleh ditangkap menggunakan kamera 20MP pada skrin luaran dan dalamannya.

Selain itu, Magic V3 juga diiktiraf kalis air IPX8 dan juga dilengkapi sepasang speaker stereo. Membekalkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 5,150mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 66W bersama-sama dengan pengecasan wayarles 50W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Magic V3.


Tags: honorhonor magic v3honor malaysiaMagic V3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic V3: Ternipis dalam kelasnya dan kini boleh selam air

Harga Honor Magic V3 diturunkan RM1,000 di Malaysia, kini boleh dibeli pada RM5,999

11 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER