• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:18 am
  • 20/03/2025
  • Komen
Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699
Share on FacebookShare on Twitter

Google akhirnya telah memperkenalkan telefon bajet mereka yang seterusnya, iaitu Pixel 9a. Ia menyertai empat lagi model sedia ada dalam siri Pixel 9 yang telah pun dilancarkan pada Ogos tahun lalu, iaitu Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Fold.

Bersama-sama pengumuman ini, Google juga telah mengesahkan bahawa Pixel 9a juga akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini menjadikannya model keempat yang akan dijual di Malaysia selepas Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL yang sudah pun boleh didapatkan pengguna di Malaysia sejak tahun lepas.



Harga dan ketersediaan Pixel 9a di Malaysia

Pixel 9a akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,699 untuk storan 128GB. Terdapat juga varian dengan storan 256GB, tetapi maklumat harganya di Malaysia hanya akan diumumkan Google pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, Google masih belum mendedahkan tarikh ketersediaan Pixel 9a di Malaysia. Namun, kami diberitahu bahawa Pixel 9a akan tersedia di pasaran tempatan sekitar bulan April melalui Google Store dan pengedar sah Google.



Sebanyak empat pilihan warna yang ditawarkan untuk Pixel 9a termasuk putih, biru, merah dan hitam.

Spesifikasi Pixel 9a

Pixel 9a adalah model permulaan dalam siri Pixel 9. Berbanding Pixel 8a, Pixel 9a kini tampil sisi rata seperti telefon Pixel 9 yang lain, tetapi mendukung rekaan panel belakang yang berbeza dengan modul kamera rata dan tidak terbonjol keluar.

Di hadapan, ia dipasangkan dengan paparan Actua berukuran 6.3-inci jenis pOLED beresolusi FHD+ 2424 x 1080 dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Panel paparannya juga mempunyai kecerahan puncak 2,700 nits, yang didakwa Google adalah tercerah pada siri A dan 35% lebih cerah daripada 8a

Dari segi perlindungan, kaca Corning Gorilla Glass 3 melapisi atas komponen skrin dan telefon juga mempunyai tahap kalis air IP68. Kuasa peggerak utama Pixel 9a adalah cip Google terkini, Tensor G4 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sama ada 128GB atau 256GB.

Sistem kamera belakang Pixel 9a terdiri daripada dua buah kamera. Ia adalah kamera utama 48MP f/1.7 berkemampuan zum sehingga 8 kali dengan penstabil imej optikal, dan kamera ultralebar 13MP f/2.2. Lubang kecil di atas skrin pula merumahkan kamera hadapan 13MP f/2.2.

Untuk tenaga, Pixel 9a dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,100mAh yang dikatakan boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 30 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas pada kuasa 23W melalui USB-C dan secara wayarles 7.5W.

Tags: google malaysiaGoogle Pixel 9apixel 9Pixel 9a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699

Google Pixel 9a kini rasmi, akan tiba di Malaysia pada April, harga bermula RM2,699

20 March 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER