• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh nikmati pengecasan DC percuma di Proton e.MAS Shah Alam

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:53 pm
  • 26/03/2025
  • Komen
Pemilik Proton e.MAS 7 boleh nikmati pengecasan DC percuma di Proton e.MAS Shah Alam
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Raya yang akan tiba, Proton e.MAS Shah Alam akan menawarkan pengecasan DC percuma di bilik pameran mereka eksklusif untuk pemilik Proton e.MAS 7. Pusat jualan yang dikendalikan oleh SG Car ini menyediakan pengecasan DC 60kW dengan dua nozel CCS2 terletak di pintu masuk premis.

Promosi pengecasan percuma ini tersedia selama 5 hari, bermula Sabtu, 29 Mac hingga Rabu, 2 April 2025 pada waktu operasi mereka di antara 10 pagi hingga 5 petang. Seperti yang dikatakan tadi, pengecasan percuma ini ditawarkan hanya untuk pemilik Proton e.MAS 7, berdasarkan siapa cepat dia dapat.



Buat mereka yang berminat untuk kunjunginya, lokasi Proton e.MAS Shah Alam ini terletak di Lot G33, Aras Bawah, Pusat Komersial IDCC, Shah Alam.

Untuk imbas kembali, Proton e.MAS 7 Prime menyokong pengecasan sehingga 80kW, manakala model Premium pula menyokong pengecasan lebih pantasn sehingga 100kW. Kedua-dua varian boleh dicas dari 30-80% dalam masa 20 minit apabila menggunakan pengecasan DC berkuasa tinggi (100kW atau lebih).



Pada ketika ini, Proton e.MAS 7 adalah model EV paling popular di Malaysia dengan lebih daripada 1,000 unit telah dihantar kepada pelanggan dalam dua bulan pertama untuk tahun 2025. Seperti yang didedahkan sebelum ini, EV pertama Proton ini juga telah menerima lebih daripada 5,000 tempahan.

Tags: EVkenderaan elektrikpengecasan DCPengecasan EVProton e.MASproton e.mas 7Proton e.MAS SG Car Shah AlamProton e.MAS Shah AlamSG Car
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh nikmati pengecasan DC percuma di Proton e.MAS Shah Alam

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh nikmati pengecasan DC percuma di Proton e.MAS Shah Alam

26 March 2025
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN