• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insentif Rebat Rahmah: Data 5GB percuma untuk rakyat Malaysia pada hari pertama Aidilfitri

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:51 pm
  • 27/03/2025
  • Komen
Insentif Rebat Rahmah: Data 5GB percuma untuk rakyat Malaysia pada hari pertama Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan Insentif Rebat Rahmah. Melalui insentif ini, semua rakyat Malaysia akan menerima minimum data 5G secara percuma pada Hari Raya yang pertama.

Data tambahan percuma ini akan diberikan kepada kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar. Antara syarikat telco yang terlibat adalah termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile, Yes 5G, Pavocomms, Tune Talk, redONE, REDton dan XOX.



Namun, jika anda pengguna kedua-dua pelan pascabayar dan prabayar, data percuma itu hanya akan diberikan pada satu akaun sahaja, berdasarkan laman FAQ Insentif Rebat Rahmah ini. Laman FAQ turut menyatakan data percuma ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran setiap telco yang terlibat.

Data percuma ini juga sah digunakan untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam. Fahmi mengatakan penjelasan lanjut boleh didapatkan melalui telco yang terlibat, akan tetapi masih belum ada laman FAQ yang diterbitkan oleh telco pada ketika ini.



Awal minggu ini, Kementerian Komunikasi juga mengumumkan Insentif Rebat Rahmah untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Polis ke-218. Insentif secara one-off ini menyediakan tanggungan bil percuma untuk penggua pascabayar, dan sekurang-kurangnya tambah nilai RM30 untuk polis dengan pelan prabayar.

Tags: CelcomDigiHari Rayahari raya aidilfitrimaxisPavocommsRedOneRedtonetune talku mobileUnifi mobileXOXyes 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Insentif Rebat Rahmah: Data 5GB percuma untuk rakyat Malaysia pada hari pertama Aidilfitri

Insentif Rebat Rahmah: Data 5GB percuma untuk rakyat Malaysia pada hari pertama Aidilfitri

27 March 2025
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN