Setel telah mengumumkan mereka sedang menjalankan kempen Vroom Vroom Raya Setel, sempena musim Hari Raya yang akan datang. Berjalan dari 19 Mac hingga 19 Mei 2025, kempen ini akan menyediakan ganjaran menarik kepada penunggang motosikal, dengan Setel menawarkan hadiah mingguan untuk pembelian minyak dalam jumlah yang kecil menggunakan Setel.
Melalui kempen ini, Setel memberi peluang kepada penunggang motosikal di seluruh Malaysia untuk memenangi lebih daripada 200 hadiah berupa pulangan tunai bernilai sehingga RM150, apabila mengisi minyak menggunakan Setel dengan perbelanjaan serendah RM3. Bukan setakat itu, mereka juga layak menyertai cabutan hadiah utama dengan pulangan tunai RM5,000.

Untuk menyertai kempen ini, pengguna Setel boleh mengumpul penyertaan melalui tiga kaedah pembayaran untuk perbelanjaan di antara RM3 – RM10 minyak RON 95, iaitu:
- RM3 – RM10: 1 Penyertaan menggunakan Dompet Setel atau Dompet Keluarga.
- RM3 – RM10: 3 Penyertaan menggunakan kad Kredit/Debit melalui Setel.
- Bonus 5 Penyertaan: Jika menggunakan ciri pengisian One-tap.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Setel, anda boleh mendaftar aplikasi dengan menggunakan kod promosi kempen “c-vroom” dan layak untuk terima pulangan tunai RM10 selepas membeli minyak sebanyak RM3 dan terima 10x penyertaan untuk cabutan hadiah mingguan dan ganjaran utama.

Selain itu, Setel juga menawarkan ganjaran 3x mata Mesra untuk pekerja gig sepanjang tempoh kempen ini melalui pengisian One-Tap. Dalam masa sama, pemenang hadiah utama akan diumumkan secara langsung melalui laman media sosial pada 29 Mei 2025 jam 8:.15 malam.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kempen Vroom-vroom Setel.