• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 14 5G & Realme 14 Pro 5G kini rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:07 pm
  • 15/04/2025
  • Komen
Realme 14 5G & Realme 14 Pro 5G kini rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,199
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini Realme Malaysia telah rasmi melancarkan siri Realme 14, yang merangkumi Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G. Sebelum ini, siri Realme 14 boleh dipratempah oleh rakyat Malaysia, dengan Realme menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,016 kepada pembeli.

Harga dan ketersediaan siri Realme 14 di Malaysia

Bagaimanapun, nampaknya promosi masih berjalan untuk pembeli terawal. Kepada mereka yang berminat, jualan pertama Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G akan bermula pada 19 April 2025, dan berikut adalah harga jualan rasmi kedua-dua telefon di Malaysia:



Realme 14 Pro 5G

  • RAM 12GB + storan 256GB – RM1,499
  • RAM 12GB + storan 512GB – RM1,799

Realme 14 5G



  • RAM 8GB + storan 256GB – RM1,199
  • RAM 12GB + storan 256GB – RM1,299

Untuk pembeli terawal Realme 14 5G, pembelian akan disertakan dengan hadiah bernilai RM826, termasuk rebat RM100, fon putik Realme Buds T01, sarung tangan gaming dan kaca pelindung skrin, lanjutan satu tahun waranti dan waranti bateri 4 tahun.

Manakala, pembeli Realme 14 Pro 5G akan didatangkan dengan hadiah bernilai RM1,016 berupa rebat RM100, fon putik Realme Buds T01, kayu selfie, lanjutan satu tahun waranti dan waranti bateri 4 tahun.

Anda boleh dapatkan Realme 14 5G di stor rasmi Realme Malaysia Lazada dan Shopee, serta Realme 14 Pro juga di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme 14

Realme 14 menampilkan rekaan futuristik yang dikatakan diinspirasi daripada Mecha, serta memiliki lampu Victory Halo Light di belakang yang boleh berinteraksi dengan gaming dan notifikasi. Di hadapan, skrinnya jenis rata menggunakan panel AMOLED 6.67″ beresolusi FHD+, sokong kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak mencecah 2,000 nits.

Atas papan utama, Realme 14 dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dikatakan mampu menawarkan prestasi gaming lancar dengan kadar bingkai 120FPS. Ia juga dilengkapi Vapour Chamber seluas 6050mm², yang Realme dakwa adalah terbesar dalam segmennya. Cip itu dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB, tiada slot kad mikroSD disediakan.

Sistem pengimejan Realme 14 terdiri daripada satu kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP f/1.8 dengan OIS dan kamera selfie 16MP. Bateri berkapasiti gergasi 6,000mAh dimuatkan di dalam dan ia boleh dicas pada kuasa 45W USB-C, selain turut menyokong Bypass Charging.

Sistem bunyinya adalah jenis stereo dan ia menyokong WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan 5G. Tiada sokongan NFC. Realme 14 turut diiktiraf kalis air dan debu IP69, dan sejurus keluar kotak akan menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu perak Mecha, coklat dan merah jambu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 14 5G.

Spesifikasi Realme 14 Pro 5G

Realme 14 Pro 5G pula ada model yang lebih premium. Uniknya, ia didatangkan dengan rekaan mutiaran berkilau pada panel belakang yang boleh berubah warna apabila terkena air sejuk, khususnya untuk varian warna putih mutiara. Manakala terdapat juga warna hitam dengan panel belakang berkemasan suede.

Di hadapan, Realme 14 Pro 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED melengkung 6.77″ dengan resolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz dan menyokong kecerahan puncak 4,500 nits. Seperti Realme 14, model Pro ini turut diiktiraf kalis air dan debu IP69.

Kuasa penggerak utama varian Pro ini adalah cip MediaTek Dimensity 7300 Energy yang dipadankan bersama RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Telefon juga dimuatkan dengan sistem Vapour Chamber seluas 6,000mm² untuk memberikan penyejukan yang efisien.

Untuk menangkap gambar, ia didatangkan dengan kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony IMX882 dan kamera monokros, bersama-sama dengan sistem tiga lampu flash ‘MagicGlow’. Selfie pula boleh ditangkap menggunakan sensor 16MP yang terdapat di lubang di atas skrin.

Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada Realme 14 Pro adalah sama seperti Realme 14, iaitu 6,000mAh dan menyokong pengecasan 45W USB-C. Lagi ciri yang disokong termasuk speaker stereo, WiFi 6, 5G, Bluetooth 5.4 dan juga NFC. Ia akan menjalankan sistem operasi Realme UI 6 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 14 Pro 5G.

Tags: RealmeRealme 14Realme 14 5GRealme 14 prORealme 14 Pro 5GRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme 14 5G & Realme 14 Pro 5G kini rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,199

Realme 14 5G & Realme 14 Pro 5G kini rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,199

15 April 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER