• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V50 Lite 5G kini di Malaysia dengan Dimensity 6300 & bateri 6,500mAh, bermula RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:42 pm
  • 29/04/2025
  • Komen
Vivo V50 Lite 5G kini di Malaysia dengan Dimensity 6300 & bateri 6,500mAh, bermula RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama selepas melancarkan Vivo V50, kini Vivo telah memperkenalkan model ebih mampu milik dalam siri tersebut, iaitu Vivo V50 Lite 5G.

Harga dan promosi Vivo V50 Lite di Malaysia

Sebanyak tiga varian yang ditawarkan untuk Vivo V50 Lite 5G dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • V50 Lite (8GB+256GB) – RM1,299
  • V50 Lite (12GB+256GB) – RM1,499
  • V50 Lite (12GB+512GB) – RM1,699

Untuk meraikan pelancarannya, Vivo turut menawarkan promosi untuk pembelian dari sekarang sehingga 4 Mei 2025. Mereka yang membeli dalam tempoh tersebut akan menerima:

  • Fon putik Vivo Buds
  • Beg galas kalis air
  • Rebat RM100
  • Rebat tunai RM100
  • Jaminan penggantian product 180 hari
  • Waranti bateri selama 5 tahun
  • Waranti perlindungan skrin 1 tahun
  • Lanjutan waranti satu tahun
  • Waranti berbilang rantau

Anda boleh mendapatkan Vivo V50 Lite melalui kedai fizikal Vivo, stor dalam talian Vivo, serta di gedung rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Vivo V50 Lite 5G

Daripada segi rekaan, tidak banyak yang berubah pada Vivo V50 Lite berbanding V40 Lite terdahulu. Selain daripada modul kamera pepulau kamera dan saiz lensa berbeza, lain-lain perkara adalah sama.

Vivo V50 Lite dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.77-inci beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Untuk perlindungan, telefon diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65, serta menerima pensijilan SGS untuk ketahanan terhadap jatuhan.

Kuasa penggerak utama Vivo V50 Lite adalah cip MediaTek Dimensity 6300, yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan UFS 2.2 seluas 512GB. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Androir 15.

Di bahagian pengimejan, ia didatangkan kamera utama 50MP f/1.8 menggunakan sensor Sony IMX882, kamera ultralebar 8MP f/2.2, bersama-sama dengan lampu Aura Light yang dikatakan dapat meningkatkan tangkapan potret, terutamanya dalam pencahayaan malap. Lubang di atas skrin merumahkan kamera depan 32MP f/2.5.

Bateri di dalamnya berkapasiti 6,500mAh menggunakan teknologi BlueVolt. Vivo mendakwa ia boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 73 jam untuk mendengar lagu, 27 jam untuk menonton video, 14 jam untuk navigasi peta dan 10 jam untuk gaming.

Selain itu, Vivo turut mengatakan kesihatan bateri boleh kekal atas 80% walaupun telah melalui 1,700 kitaran cas. Bateri boleh dicas dengan kuasa 90W FlashCharge melalui USB-C, dan turut menyokong pengecasan terbalik pada kuasa 6W. Telefon ini turut menyokong ciri ketersambungan seperti Bluetooth 5.4, WiFi 5, 5G dan NFC.

Vivo V50 Lite tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, ungu dan emas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo V50 Lite.

Tags: vivovivo Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V50 Lite 5G kini di Malaysia dengan Dimensity 6300 & bateri 6,500mAh, bermula RM1,299

Vivo V50 Lite 5G kini di Malaysia dengan Dimensity 6300 & bateri 6,500mAh, bermula RM1,299

29 April 2025
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN