• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:56 pm
  • 07/05/2025
  • Komen
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja mendedahkan bahawa akan melancarkan siri Realme GT 7 tidak lama lagi, kini Realme sekali lagi membawa kejutan dengan memperkenalkan telefon konsep dengan bateri 10,000mAh, yang dipanggil sebagai Realme GT 10,000mAh.

Kapasiti besar dalam telefon bersaiz biasa

Walaupun ada bateri besar, telefon konsep Realme GT 10,000mAh ini menampilkan rekaan seperti telefon biasa, dengan nipis hanya 8.5mm dan berat 215g.



Kapasiti bateri sebesar ini dapat dimuatkan hasil penggunaan bateri dengan anod yang mengandungi nisbah silikon sebanyak 10%, yang menurut Realme adalah tertinggi dalam industri telefon pintar. Bukan itu sahaja, bateri ini turut dikatakan menawarkan ketumpatan tenaga setinggi 887Wh/L.

Selain itu, Realme turut menggunakan seni bina yang digelar sebagai “Mini Diamond Architecture” bagi mengoptimumkan ruang dalaman GT 10000mAh. Hasilnya, papan utama pada peranti ini hanya berukuran 23.4mm, yang dikatakan Realme adalah paling kompak yang pernah digunakan di telefon Android setakat ini.



Panel belakang telefon juga didatangkan dengan rekaan separa lutsinar yang menampakkan saiz bateri dan papan utamanya yang kompak. Terdapat juga tulisan bersar “10,000mAh” pada panel belakangnya.

Realme GT 10,000mAh masih sebuah telefon konsep

Walau bagaimanapun, telefon Realme GT 10,000mAh ini masih sekadar sebuah konsep. Sama ada ia akan diperkenalkan pada masa hadapan atau tidak, itu masih belum diketahui.

Pun begitu, ia masih sebuah konsep yang menarik dan mungkin memberi bayangan bahawa telefon pintar dengan kapasiti bateri 10,000mAh bakal menjadi realiti, malah tidak mustahil digunakan secara meluas akan datang.

Tags: Realmerealme gtRealme GT 10000mAhRealme Malaysiatelefon konsep realmetelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN