• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 14/01/2019
  • Komen
AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 17/1/2019: AirAsia tangguh naik taraf sistem ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian

Makluman penting untuk semua rakyat Malaysia yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, serta terbang menggunakan perkhidmatan AirAsia. AirAsia akan menaik taraf sistem tempahannya pada hujung minggu ini, bermula jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 (GMT+8) hingga 3.00 pagi pada hari Ahad, 20 Januari 2019, selama 13 jam.



AirAsia akan menggunakan sistem Navitaire New Skies dalam naik taraf pada hujung minggu ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman tempahan dalam talian yang yang lebih baik kepada para tetamu.

Semua jenis tempahan tidak boleh dilakukan semasa naik taraf sistem dibuat, melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia. Orang ramai juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.



Untuk orang ramai yang akan membuat perjalanan menggunakan AirAsia dalam tempoh ini, anda dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan, atau mengunakan pas masuk elektronik di mana perkhidmatan tersebut tersedia. Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Selain itu, orang ramai juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Anda boleh berhubung dengan pusat pelanggan AirAsia untuk mendapatkan bantuan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan AirAsia melalui laman media sosial di Twitter @AirAsia, Facebook AirAsia, atau hubungi @AirAsiaSupport di twitter.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan

Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

14 January 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN