• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple CarPlay Ultra diperkenal bermula di Aston Martin, tawar integrasi penuh papan pemuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:54 pm
  • 16/05/2025
  • Komen
Apple CarPlay Ultra diperkenal bermula di  Aston Martin, tawar integrasi penuh papan pemuka
Share on FacebookShare on Twitter

Ciri Apple CarPlay generasi baharu kini dah diperkenalkan, dan ia digelar sebagai CarPlay Ultra. Pertama kali diperkenalkan sewaktu WWDC 2022, sistem CarPlay baharu ini bukan setakat berfungsi dengan mencerminkan kandungan di infotainment dari iPhone, tetapi kini menawarkan integrasi yang lebih menyeluruh, merentasi pelbagai skrin termasuk paparan kluster instrumen, skrin infotainment dan banyak lagi.

Menurut Apple, CarPlay Ultra sudah mula ditawarkan hari ini kepada pelanggan yang membuat tempahan kenderaan Aston Martin baharu di Amerika Syarikat dan Kanada. Selain itu, pengguna Aston Martin sedia ada dengan sistem infotainment generasi baharu juga akan menerima kemas kini perisian secara over-the-air dalam beberapa minggu akan datang.



Sebuah video demo yang dikongsikan oleh Aston Martin memperlihatkan bagaimana CarPlay Ultra ini berfungsi. Ia memapaparkan antara muka Apple pada keseluruhan papan pemuka, yang merangkumi untuk maklumat seperti navigasi, pemanduan, main balik media, dan kawalan suhu kereta.

Antara mukanya turut hadir dengan animasi yang lancar, kluster instrumen yang boleh diubah suai, serta menyokong elemen reka bentuk yang biasa kita boleh lihat pada sistem operasi iOS, termasuk seperti widget dan Apple Maps.



Pengguna boleh mengubah suai rupa dan susun atur paparan kluster mereka dengan tema yang disediakan. Tetapan dan fungsi utama kenderaan seperti kawalan suhu dan tempat duduk juga boleh diakses terus melalui CarPlay Ultra, dan maklumat dipaparkan dengan antara muka Apple yang mesra pengguna.

CarPlay Ultra dibangunkan melalui kerjasama rapat dengan pengeluar kenderaan, membolehkannya CarPlay diintegrasi secara mendalam dengan data kenderaan masa nyata. Ini termasuk tekanan tayar, paras minyak atau bateri, suhu, dan status pintu.

Buat masa ini, Aston Martin telah mengesahkan bahawa CarPlay Ultra akan tersedia pada model kenderaan seperti berikut:

  • DB12
  • DBX707
  • Vantage

Lebih banyak kenderaan dengan sokongan CarPlay Ultra dijangka akan diumumkan menjelang akhir tahun ini, selari dengan usaha Apple dalam memperluas kerjasama bersama pengeluar automotif. Pada ketika ini, pelanggan Aston Martin merupakan yang pertama dapat menggunakan CarPlay Ultra, dan ciri ini akan diperluas ke pasaran global dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Dalam masa sama, perlu diingatkan juga, untuk menggunakan Apple CarPlay Ultra, ia memerlukan sekurang-kurangnya iPhone 12 atau model lebih baharu, yang menjalankan iOS 18.5 ke atas.

Tags: appleapple carplayApple CarPlay Ultraaston martinCarPlay Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple CarPlay Ultra diperkenal bermula di  Aston Martin, tawar integrasi penuh papan pemuka

Apple CarPlay Ultra diperkenal bermula di Aston Martin, tawar integrasi penuh papan pemuka

16 May 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN