Berikutan pengumuman sebelum ini, kini Honor telah melancarkan barisan telefon kelas pertengahan terbaru mereka, iaitu Honor 400 dan Honor 400 Pro di Malaysia. Pelancaran ini turut menjadikan pasaran kita antara yang terawal menerima siri terbaru ini.
Menggantikan siri Honor 200, siri Honor 400 ini membawakan peningkatan pada prestasi, kamera, paparan, serta tampil dengan ciri AI baru yang dipanggil sebagai AI Image to Video.
Harga dan promosi Honor 400 dan 400 Pro di Malaysia


Berikut adalah harga jualan Honor 400 dan Honor 400 Pro di Malaysia:
- Honor 400 (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,899
- Honor 400 (RAM 12GB storan 512GB) – RM2,199 (RM1,899 dari 22 hingga 29 Mei 2025)
- Honor 400 Pro (RAM 12GB storan 512GB) – RM2,699
Kepada mereka yang berminat, Honor 400 dan Honor 400 Pro boleh dipratempah dari sekarang sehingga 29 Mei 2025. Penempah Honor 400 akan disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM898, manakala penempah Honor 400 Pro pula akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,097.


Jika berminat, anda boleh dapatkan Honor 400 dan Honor 400 Pro melalui laman web rasmi Honor, atau di gedung rasmi Honor melalui pautan di bawah.
Honor 400
Honor 400 Pro
Spesifikasi Honor 400 & 400 Pro Malaysia

Honor 400 dikenakan dengan paparan AMOLED bersaiz 6.55-inci dengan resolusi 1.5k dan kadar segar semula 120Hz. Model Pro menerima paparan lebih besar 6.7-inci jenis AMOLED dengan resolusi lebih tinggi 2.8K dan kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua paparan turut ada kecerahan puncal setinggi 5,000 nits.


Berkenaan warna, Honor 400 ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, biru dan hitam. Model Honor 400 Pro pula tersedia dalam biru, hitam dan kelabu. Dari segi ketahanan, model biasa diiktiraf kalis percikan air dan debu IP66, manakala model Pro mendapat pengiktirafan kalis air IP69 yang lebih baik.
Kuasa penggerak utama Honor 400 adalah cip Snapdragon 7 Gen 3, manakala model Honor 400 Pro diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3, iaitu cip flaghsip Qualcomm tahun lepas.

Di jabatan pengimejan, kedua-dua telefon didatangkan dengan kamera utama 200MP f/1.9 sensor bersaiz 1/1.4″ dan OIS, diikuti dengan kamera ultralebar 12MP f/2.2 yang menyokong OIS. Namun, Honor 400 Pro memiliki kamera tambahan, iaitu kamera telefoto 50MP f/2.4 dengan keupayaan zum optikal 3x, memanfaatkan sensor Sony IMX856.

Selfie pula boleh ditangkap menggunakan kamera depan 50MP bagi kedua-dua model.
Seperkara menarik tentang siri Honor 400 adalah, ia didatangkan dengan fitur baharu AI Image to Video yang dibangunkan bersama Google Cloud. Melalui ciri ini, gambar statik ditukar kepada video 5 saat, menjadikan gambar kelihatan lebih hidup, termasuk untuk gambar lama dan juga ilustrasi seperti komik.

Terdapat juga beberapa ci AI pengimejan lain yang disertakan pada siri Honor 400, iaitu AI Cutout, AI Eraser 2.0, AI Outpainting, AI Upscale dan AI Face Tune.
Untuk tenaga, kedua-dua Honor 400 dan 400 Pro menggunakan bateri 6,000mAh. Jika kehabisan bateri, model Honor 400 menyokong pengecasan 80W melalui USB-C, manakala 400 Pro menyokong pengecasan 100W melalui USB-C dan wayarles 50W. Kedua-dua peranti juga akan menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor 400 dan Honor 400 Pro.