• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri RedMagic 10S Pro dilancar di China dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:58 pm
  • 30/05/2025
  • Komen
Siri RedMagic 10S Pro dilancar di China dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic telah memperkenalkan dua model baharu dalam barisan telefon gaming RedMagic 10, iaitu RedMagic 10S Pro dan 10S Pro+ di pasaran China. Kedua-duanya berkongsi rekaan dan perkakasan dalaman hampir sama, kecuali dengan perbezaan hanya pada saiz storan dan kapasiti bateri.

Harga siri RedMagic 10S Pro

Kedua-dua RedMagic 10S Pro dan 10S Pro+ ditawarkan dalam beberapa varian dan konfigurasi di China. Berikut adalah harga jualannya di sana:



  • RedMagic 10S Pro (Shadow, 12GB+256GB) – CNY 4,999 (~RM2,940)
  • RedMagic 10S Pro (Shadow, 16GB+512GB) – CNY 5,499 (~RM3,234)
  • RedMagic 10S Pro (Moonlight, 12GB+256GB) – CNY 5,299 (~RM3,116)
  • RedMagic 10S Pro (Moonlight, 16GB+512GB) – CNY 5,799 (~RM3,410)
  • RedMagic 10S Pro (Wuthering Waves Limited Edition, 16GB+512GB) – CNY 5,999 (~RM3,528)
  • RedMagic 10S Pro+ (Shadow, 16+512GB) – CNY 5,999 (~RM3,528)
  • RedMagic 10S Pro+ (Moonlight/Dusk, 16GB+512GB) – CNY 6,299 (~RM3,704)
  • RedMagic 10S Pro+ (Moonlight/Dusk, 24GB+1TB) – CNY 7,499 (~RM4,410)

Spesifikasi siri RedMagic 10S Pro

Bermula di bahagian depan, kedua-dua RedMagic 10S Pro dan 10S Pro+ menggunakan panel paparan yang sama. Ia adalah panel LTPO OLED bersaiz 6.85″ dengan resolusi 1.5K, serta menyokong kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits.

Kedua-dua telefon turut mengguna pakai cip sama, iaitu cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Edition, yang secara asasnya adalah versi overclocked daripada Snadragon 8 Elite biasa. Ini dipadankan dengan RAM LPDDR5T sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB, untuk model RedMagic 10S Pro. Untuk model 10S Pro+ pula, ia didatangkan dengan kapasiti RAM lebih besar sehingga 24GB dan storan seluas 1TB.



Daripada segi warna, RedMagic 10S Pro tersedia dalam warna Shadow atau Moonlight, manakala 10S Pro+ pula tersedia dengan pilihan tambahan Dusk. Lebih menarik, model 10S Pro turut ditawarkan dalam varian ekslusif yang dinamakan Wuthering Waves yang datang dengan RAM 16GB dan storan 512GB.

Selain itu, telefon gaming terbaharu RedMagic ini turut dilengkapi dengan cip RedCore R3 Pro, yang tugasnya adalah untuk kurangkan beban pada cip utama dengan ambil alih tugasan tertentu, memastikan prestasi telefon kekal pada tahap optimum. Bagi sistem penyejukan pula, ia diuruskan oleh sistem ICE-X Cooling System yang menampilkan sebatian penyejuk berasaskan logam serta kipas terbina.

RedMagic turut melengkapkan siri 10S Pro dengan lampu RGB pada kipas terbina, butang Magic Key yang boleh disesuaikan fungsi, serta butang bahu untuk gaming, yang menurut RedMagic mempunyai kadar pensampelan sentuh setinggi 2,500Hz.

Untuk menangkap gambar, kedua-dua model hadir dengan tetapan tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 50MP dan kamera depth 2MP. Lubang di dahi skrin pula menempatkan kamera depan 16MP.

Macam yang dikatakan awal tadi, perkara yang membezakan kedua-dua telefon adalah bateri. RedMagic 10S Pro dimuatkan dengan bateri 7,050mAh yang menyokong pengecasan 80w, manakala 10S Pro+ pula diberikan dengan bateri lebih besar 7,500mAh yang menyokong pengecasan 120W. RedMagic juga katakan ini membolehkan model 10S Pro+ untuk menawarkan masa gaming sehingga 10 jam dan mengecas penuh dalam masa 10 mint.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 10S ProRedMagic 10S Pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri RedMagic 10S Pro dilancar di China dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition

Siri RedMagic 10S Pro dilancar di China dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition

30 May 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN