• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix AI Ring kini rasmi di Malaysia, jauh lebih murah dari Galaxy Ring

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:48 pm
  • 06/06/2025
  • Komen
Infinix AI Ring kini rasmi di Malaysia, jauh lebih murah dari Galaxy Ring
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran cincin pintar semakin meriah sejak kebelakangan ini dengan pengenalan produk seperti Samsung Galaxy Ring dan Acer FreeSense Ring. Kini, Infinix turut menyertai trend ini dengan memperkenalkan cincin pintar AI pertama mereka, yang dipanggil sebagai Infinix AI Ring.

Pertama kali didedahkan bersama siri Note 50 dan AI Buds pada Mac lalu, cincin pintar Infinix AI Ring ini menggabungkan teknologi AI terkini, fungsi pemantauan kesihatan dan rekaan yang minimalis.



Dengan berat sekitar 3.3–4 gram, cincin ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan ditawarkan dalam enam saiz, dari saiz 7 hingga 12. Ia hadir dalam dua pilihan kemasan, emas atau hitam. Untuk kegunaan luar, cincin ini juga memiliki penarafan kalis air 5ATM, menjadikannya sesuai digunakan ketika bersenam atau berenang

Dari segi fungsi pemantauan kesihatan, cincin ini hadir dengan pelbagai sensor terbina membolehkan pengguna menjejak pelbagai aspek penting secara nyata. Ini termasuk seperti denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, kitaran tidur serta tahap stres pengguna.



Dalam pada itu, Infinix juga menyatakan bahawa cincin ini dapat memberikan saranan kesihatan yang diperibadikan berdasarkan gaya hidup dan corak tabiat pengguna. Untuk keperluan bersukan, cincin ini turut tampil denga fungsi auto-logging yang secara automatik merekod pelbagai aktiviti seperti larian, berjalan, berbasikal, yoga dan banyak lagi.

Semua data kesihatan dan aktiviti boleh diselaraskan melalui aplikasi Infinix Health serta peranti lain dalam ekosistem Infinix AIoT. Ini membolehkan pengguna melihat gambaran menyeluruh kesihatan mereka merentas pelbagai peranti dengan lebih mudah.

Bateri pula boleh bertahan antara 5 hingga 7 hari dengan satu cas penuh. Cincin ini turut didatangkan dengan bekas pengecas lutsinar, yang kelihatan sangat serupa dengan bekas pengecas Galaxy Ring. Pengecasan penuh akan mengambil masa sekitar 1.5 jam.

Ciri kawalan pintar berasaskan gesture turut hadir pada Infinix AI Ring, membenarkan anda menggunakan cincin untuk ambil gambar, kawal muzik dan peranti rumah yang serasi.

Harga Infinix AI Ring di Malaysia

Bagi mereka yang berminat, Infinix AI Ring sudah boleh didapatkan di seluruh Malaysia sekarang pada harga RM499 menerusi kedai jenama Infinix dan gedung rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Pembelian turut akan disertakan dengan waranti selama 12+1 bulan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix AI Ring.

Tags: cincin pintarcincin pintar AIInfinixInfinix AI RingInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix AI Ring kini rasmi di Malaysia, jauh lebih murah dari Galaxy Ring

Infinix AI Ring kini rasmi di Malaysia, jauh lebih murah dari Galaxy Ring

6 June 2025
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN