Pada bulan Mac lepas, Poco telah melancarkan siri Poco F7 yang terdiri daripada dua model, F7 Pro dan F7 Ultra. Mungkin ada yang beranggapan bahawa tiada lagi model biasa yang diperkenalkan dalam siri Poco F7. Tetapi, nampaknya model biasa F7 turut akan diperkenalkan tidak lama lagi setelah pengumuman terbaru dari Poco.
Berdasarkan hantaran Poco di laman X, mereka memaklumkan bahawa pelancaran global bagi Poco F7 akan berlangsung pada 24 Jun pada jam 8 malam waktu Malaysia. Seperti biasa, orang ramai boleh saksikannya secara langsung melalui laman media sosial Poco dan juga mi.com.
The Groundbreaking Dominator – Snapdragon® 8s Gen 4 arrives on #POCOF7. 🚀
— POCO (@POCOGlobal) June 18, 2025
2,084,535 AnTuTu score | All-big-core architecture
Latest in the Snapdragon 8 Series, built for POCO's fury.#SuperSpeedUnleashed pic.twitter.com/WoiWXUTYfd
Poco F7 akan dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4
Selain daripada mengumumkan tarikh, Poco turut memberikan beberapa maklumat mengenaikan rekaan dan juga spesifikasi Poco F7. Kelihatan Poco F7 akan tersedia dalam tiga pilihan warna, dengan satu daripadanya adalah model “Limited Edition” yang menampilkan rekaan rekaan lebih unik dengan kemasan seakan lutsinar berwarna hitam di bahagian atas.

Boleh dilihat terdapat juga logo Snapdragon dan perkataan “50MP OIS”, yang berkemungkinan adalah kamera utamanya. Poco juga telah mengesahkan bahawa Poco F7 akan dikuasakan cip terbaharu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 yang dikatakan berjaya memperoleh markah setinggi 2,084,535 di ujian tanda aras AnTuTu.
Jika dilancarkan di Malaysia nanti, ini menjadikan Poco F7 telefon kedua yang mengguna pakai cip tersebut selepas iQoo Neo 10.

Berdasarkan apa yang diperkatakan dalam talian, ramai mencadangkan Poco F7 adalah model yang dijenamakan semula dari model Redmi Turbo 4 Pro di China, yang turut menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4. Sekiranya spekulasi ini benar, anda boleh jangkakan Poco F7 akan hadir dengan skrin AMOLED 6.83″ 120Hz, RAM sehingga 16GB dan storan 1TB, pengecasan 90W serta diiktiraf kalis air dan debu IP68.
Sebagai perbandingan, Poco F7 Ultra dan F7 Pro masing-masing diperkasakan cip Snapdragon 8 Elite dan Snapdragon 8 Gen 3. Kedua-duanya berkongsi skrin AMOLED 6.67″, kamera utama 50MP, kalis air IP68, tetapi didatangkan dengan kapasiti bateri berbeza, 5,300mAh untuk F7Ultra dan 6,000mAh untuk F7 Pro.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Poco F7, sama-sama kita pelancarannya yang akan diadakan tidak lama lagi.