• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:13 pm
  • 21/06/2025
  • Komen
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) telah mengumumkan struktur tarif elektrik baharu untuk Semenanjung Malaysia yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Ini bermakna pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung akan mula melihat perubahan pada bil elektrik mereka bermula dari tarikh tersebut.

Pembaharuan struktur ini bukan sekadar pelarasan tarif, tetapi satu perubahan menyeluruh terhadap cara caj elektrik dikenakan kepada pengguna. Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), struktur tarif baharu ini akan memperkenalkan sistem tarif yang lebih adil dan progresif untuk lebih 23.6 juta pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia.



Berikut adalah apa yang anda peru tahu dan cara anda boleh manfaatkan struktur baharu ini sepenuhnya.

Apa yang baru dan kenapa struktur tarif elektrik berubah?

Di bawah Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4), Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan struktur tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027. Penstrukturan semula ini bertujuan untuk mencerminkan kos sebenar bekalan elektrik dari penjanaan hingga ke pengagihan, sambil menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap melalui insentif dan rebat.



Berbeza dengan blok tarif sedia ada (200–300kWh), struktur baharu ini memecahkan bil elektrik mengikut komponen, dan lebih seiring terhadap perubahan harga bahan api. Selain itu, pengguna domestik (rumah) kini akhirnya boleh mendaftar dalam skim Time-of-Use (ToU) yang menawarkan kadar lebih rendah pada waktu luar puncak, sesuatu yang sangat berguna untuk pemilik EV yang kerap mengecas kenderaan mereka pada waktu malam di rumah.

Struktur dan Kadar Tarif Elektrik TNB baharu berkuat kuasa 1 Julai 2025

Di bawah struktur sedia ada, pengguna domestik dikenakan caj mengikut sistem lima peringkat, bermula dari 21.80 sen/kWh (1–200kWh) hingga 57.10 sen/kWh (901kWh ke atas). Dengan struktur tarif baharu, caj kini dipecahkan kepada lima komponen utama – Tenaga, Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA), Kapasiti, Rangkaian dan Peruncitan.

Bagi komponen peruncitan, tarif domestik kini diselaraskan kepada 27.03 sen/kWh untuk penggunaan elektrik bulanan sehingga 1,500kWh, atau 37.03 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1,500kWh. Selain caj tenaga, caj tetap lain adalah seperti berikut:

  • Caj Kapasiti – 4.55 sen/kWh
  • Caj Rangkaian – 12.85 sen/kWh
  • Caj Peruncitan – RM10 sebulan

Dengan menggabungkan semua komponen ini, pengguna yang menggunakan sehingga 1,500kWh sebulan akan membayar purata sekitar 44.5 sen/kWh untuk elektrik. Ini belum termasuk cukai, Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA), rebat atau insentif yang berkaitan.

Mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) sedia ada, yang melaras kos berdasarkan harga bahan api dan kos penjanaan lain, akan digantikan dengan mekanisme Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) baharu. Setakat ini, TNB masih belum mengumumkan kadar AFA untuk bulan Julai 2025.

Berbeza dengan ICPT yang dikemas kini setiap 6 bulan, kadar AFA akan disemak dan dikemaskini setiap bulan, langkah yang dikatakan lebih adil kepada pengguna.

Cara bil anda dikira di bawah tarif baharu

Buat masa ini, TNB masih dalam proses menyiapkan Kalkulator Bil yang dijangka akan dilancarkan pada hari Isnin, 23 Jun 2025.

Bagi pengguna domestik, jumlah bil elektrik akan merangkumi:

  • Caj Tenaga (setiap kWh)
  • AFA (setiap kWh)
  • Caj Kapasiti (setiap kWh)
  • Caj Rangkaian (setiap kWh)
  • Caj Peruncitan (bulanan)
  • Insentif Kecekapan Tenaga
  • Caj Lain-lain

Untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara lebih cekap, pengguna boleh menikmati rebat tambahan dan pengecualian caj seperti berikut:

  • Pengecualian caj peruncitan RM10/bulan untuk penggunaan 600kWh dan ke bawah
  • Rebat sehingga 25 sen/kWh bagi penggunaan 1000kWh dan ke bawah di bawah Insentif Kecekapan Tenaga

Imej di bawah adalah sampel bil di bawah struktur tarif elektrik baharu.

Adakah bil elektrik anda akan meningkat bermula Julai 2025?

Menurut TNB, seramai 23 juta pengguna dijamin tidak akan terkesan dengan Penstrukturan Semula Tarif Elektrik ini. Dalam perbandingan bil yang disediakan, pengguna yang menggunakan 900kWh atau kurang setiap bulan dijangka akan melihat sedikit penurunan dalam bil bulanan mereka.

Namun, perlu diingat bahawa anggaran ini bergantung kepada faktor luaran seperti kadar Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) yang dipengaruhi oleh harga bahan api global.

Tarif Time-of-Use (ToU) – Elektrik lebih murah pada waktu luar puncak

TNB turut memperkenalkan skim Time of Use (ToU) yang membolehkan pengguna menggunakan elektrik dengan lebih cekap sambil menikmati kadar lebih rendah pada waktu luar puncak. Skim ini sebelum ini hanya ditawarkan kepada pelanggan Bukan Domestik Voltan Sederhana dan Tinggi, tetapi akan dibuka kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah bermula 1 Julai 2025.

Skim ToU dibahagian epada dua zon masa penggunaan seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat

  • Waktu Puncak: 2:00 petang hingga 10:00 malam (8 jam)
  • Waktu Luar Puncak: 10:00 malam hingga 2:00 petang (16 jam)

Sabtu dan Ahad

  • Waktu Luar Puncak sepanjang hari (24 jam)

Dengan ToU, pengguna di rumah boleh menikmati kadar luar puncak serendah 24.43 sen/kWh untuk penggunaan sehingga 1500kWh, atau 34.43 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1500kWh. Ini bermakna penjimatan sebanyak 2.6 sen/kWh berbanding kadar biasa.

Namun begitu, kadar waktu puncak dalam skim ini adalah sedikit lebih tinggi berbanding skim biasa, iaitu 28.52 sen/kWh untuk penggunaan sehingga 1500kWh dan 38.52 sen/kWh bagi penggunaan melebihi 1500kWh — iaitu peningkatan sebanyak 1.49 sen/kWh berbanding kadar sepanjang hari dalam skim biasa.

Skim ToU ini adalah pilihan (tidak wajib) dan hanya ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Smart Meter dan meter jenis Current Transformer (CT) atau Remote Meter Reading (RMR). Untuk menukar kepada skim ToU, TNB memaklumkan bahawa pengguna boleh berkunjung ke Kedai Tenaga yang berdekatan.

Rebat dan Bantuan Sosial

Suruhanjaya Tenaga (ST) turut memaklumkan bahawa insentif bagi golongan memerlukan, terjejas dan sektor tertentu masih dikekalkan. Ini termasuk rebat RM40 sebulan kepada golongan miskin tegar yang berdaftar di bawah program e-Kasih, serta rebat 10% untuk kategori berikut:

  • Rumah ibadat
  • Pusat dan organisasi kebajikan (seperti rumah anak yatim, rumah warga emas, rumah orang buta, dan sebagainya)
  • Semua institusi kerajaan dan swasta yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kerajaan

Tags: Suruhanjaya TenagaTarif Elektriktenaga nasional berhadTNB
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER