• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas My50 Rapid KL boleh diperbaharui melalui TNG eWallet mulai 1 Julai

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:23 pm
  • 26/06/2025
  • Komen
Pas My50 Rapid KL boleh diperbaharui melalui TNG eWallet mulai 1 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar Oktober tahun lalu, diumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had Rapid KL My50 bakal diintegrasikan dalam aplikasi TNG eWallet. Kini, ciri tersebut akhirnya akan tiba, setelah Prasarana bersama Kumpulan Touch ‘n Go mengumumkan hari ini bahawa ia akan mula ditawarkan 1 Julai 2025.

Dengan integrasi ini, ia bakal membolehkan pengguna untuk memperbaharui pas My50 terus dalam telefon pintar melalui aplikasi TNG eWallet. Ini juga bermakna pengguna tidak lagi perlu menggunakan MyKad atau beratur di kaunter fizikal untuk mendapatkan atau mengaktifkan pas My50.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, “Kemudahan ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 250,000 pengguna sedia ada pas My50, serta menarik lebih ramai warga kota untuk beralih kepada pengangkutan awam.”

Cara aktifkan Travel Pass My50 dengan TNG eWallet

Untuk memperbaharui pas perjalanan My50 melalui TNG eWallet, anda perlu mempunyai kad TNG NFC dan menggunakan telefon pintar yang menyokong fungsi NFC. Selain itu, akaun TNG eWallet anda juga perlu melalui proses pengesahan identiti (eKYC) terlebih dahulu.



Berikut adalah cara untuk anda mengaktifkan pas My50 bermula 1 Julai 2025:

  1. Lancar aplikasi TNG eWallet (Lengkapkan proses pengesahan eKYC sekiranya belum)
  2. Pilih Travel Pass dalam aplikasi TNG eWallet (Tekan “More” pada skrin utama dan cari Travel Pass)
  3. Tap kad TNG NFC yang anda ingin gunakan pada telefon pintar anda
  4. Tekan Travel Pass My50 dan pilih tarikh pengaktifan
  5. Tekan setuju terma dan syarat dan teruskan pembayaran
  6. Tap semula kad TNG anda pada telefon pintar untuk pengaktifan

Perlu diingat bahawa pas perjalanan My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia. Hanya satu kad TNG boleh diaktifkan untuk pas My50, dan ia hanya boleh diaktifkan selepas pas My50 sedia ada pada MyKad tamat tempoh.

Seperti biasa, baki minimum RM5 masih diperlukan pada kad TNG setiap kali menggunakan perkhidmatan Rapid KL. Pas perjalanan My50 yang berharga RM50 membolehkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di pengangkutan awam dikendalikan Prasarana, termasuk LRT, MRT, BRT, Monorel dan MRT feeder bus di sekitar Lembah Klang.

Dalam masa sama, Prasarana turut memaklumkan bahawa inisiatif pendigitalan ini turut akan diperluaskan ke produk-produk lain seperti pas MyCity.

Bagi mereka yang belum bersedia untuk beralih kepada TNG eWallet untuk pembaharuan pas My50, anda masih boleh memperbaharui pas menggunakan MyKad seperti biasa di kaunter.

Tags: Anthony Lokekad tngmy50pas My50PrasaranaRapid KLtng ewallettng nfc
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pas My50 Rapid KL boleh diperbaharui melalui TNG eWallet mulai 1 Julai

Pas My50 Rapid KL boleh diperbaharui melalui TNG eWallet mulai 1 Julai

26 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER