• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V5, telefon lipat ternipis dunia kini dilancar di Malaysia, harga kekal RM6,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:13 pm
  • 15/07/2025
  • Komen
Honor Magic V5, telefon lipat ternipis dunia kini dilancar di Malaysia, harga kekal RM6,999
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Honor Malaysia hari ini melancarkan telefon boleh lipat terbaharu mereka, Magic V5 untuk pasaran tempatan. Menggantikan Magic V3 terdahulu, model baharu ini hadir dengan pelbagai naik taraf termasuk bateri yang lebih besar, kamera telefoto periskop yang dipertingkatkan, serta penarafan kalis air dan habuk yang lebih baik, semuanya dimuatkan dalam badan ultra nipis.

Malah, Magic V5 juga adalah telefon lipat gaya buku paling nipis di dunia setakat ini, dengan ketebalan hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat.



Harga Honor Magic V5 di Malaysia

Menariknya, harga Magic V5 kekal sama seperti sewaktu pelancaran Magic V3. Ditawarkan dalam satu varian, berikut adalah harga jualan rasmi Honor Magic V5 di Malaysia:

  • Honor Magic V5 (RAM 16GB dan storan 512GB) – RM6,999

Sesi tempahan awal Magic V5 dibuka bermula hari ini, 15 Julai hingga 24 Julai 2025. Menariknya, Honor turut menawarkan hadiah bernilai sehingga RM3,497 kepada penempah awal, iaitu speaker Harman Kardon Onyx Studio 9, serta jaminan perlindungan keretakan skrin selama 1 tahun dan jaminan kualiti selama 2 tahun.



Anda boleh dapatkan Honor Magic V5 melalui stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Honor Magic V5

Honor Magic V5 adalah telefon lipat gaya buku paling nipis di dunia buat masa ini, dengan ketebalan hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat dan 4.1mm apabila skrin dibuka, tanpa mengira bonjolan kameranya.

Ini menjadikannya bukan sahaja lebih nipis dari Magic V3 terdahulu yang berukuran 9.2mm dilipat dan 4.35mm dengan lipatan dibuka, tetapi juga mengatasi rekod yang dipegang oleh Oppo Find N5 sebelum ini pada 8.93mm dalam keadaan dilipat dan 4.21mm dibuka.

Walau bagaimanapun, dimensi itu hanyalah untuk model putih, manakala warna lain seperti perang, hitam dan emas sedikit tebal 0.1mm. Magic V5 juga kini lebih ringan pada 217g berbanding 226 pada model sebelumnya.

Saiz skrin luaran masih kekal sama, berukuran 6.43″ jenis LTPO OLED dengan resolusi 2352×2172 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Tapi, kecerahan puncak kini lebih tinggi mencecah 5,000 nits. Untuk skrin dalaman pula, ia bersaiz 7.95″ juga jenis LTPO OLED dengan kadar segar semula dan kecerahan puncak yang sama, tapi pada resolusi 2367×1060.

Kedua-dua skrinnya turut menyokong penggunaan stylus serta ada tahap PWM Dimming setinggi 4320Mhz untuk pengalaman tontonan bebas flicker.

Kedua-dua paparan juga kini lebih tahan lasak, dengan skrin luarannya dilapisi dengan kaca NanoCrystalShield, manakala skrin dalaman pula menampilkan gabungan komponen seperti salutan “Alumina” tahan calar, lapisan gentian fiber serta cecair Non-Newtonian bagi menyerap hentakan dengan lebih baik.

Selain itu, Magic V5 turut hadir dengan engsel “Super Steel Hinge” baharu yang dikatakan engsel teringan dengan bahan terkuat dalam industri. Namun, kitaran lipatannya masih kekal sama pada 500,000 kali. Untuk perlindungan, telefon ini telah dipertingkatkan untuk ada tahap kalis air IP58/59 dari IPX8.

Atas papan utama, Magic V5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Walaupun lebih nipis, Magic V5 kini dimuatkan dengan bateri lebih besar berkapasiti 6,100mAh, peningkatan besar dari 5,150mAh di Magic V3. Pengecasan masih kekal sama menyokong SuperCharge 66W dan wayarles 50W.

Di bahagian pengijeman, Magic V5 masih menerima tetapan tiga kamera belakang, tetapi telah dipertingkatkan dengan telefoto dan ultralebar lebih baik. Sistem pengimejannya terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.6 dengan OIS, kamera telefoto periskop 64MP f/2.5 yang sokong OIS dan zum digital sehingga 100x, serta kamera ultralebar 50MP.

Sebagai perbandingan, Magic V3 terdahulu menggunakan kamera telefoto 50MP dan kamera ultralebar 40MP.

Untuk ambil gambar selfie, terdapat kamera depan 20MP.

Dari segi ketersambungan, Magic V5 menyokong WiFi 7, Bluetooth 6.0, NFC, serta 5G. Ia akan menjalankan Magic OS 9.0 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak, yang tampil dengan ciri AI seperti AI Notes, AI Summaries, Gemini, fungsi Three Split Screen serta Honor Share untuk perpindahan fail mudah dengan peranti iOS melalui aplikasi Honor Connect.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Magic V5.

Tags: honorHonor Magic V5honor malaysiaMagic V5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic V5, telefon lipat ternipis dunia kini dilancar di Malaysia, harga kekal RM6,999

Honor Magic V5, telefon lipat ternipis dunia kini dilancar di Malaysia, harga kekal RM6,999

15 July 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER