• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Blueshark tawar skuter elektrik SoloEra Solo 1C pada harga hanya RM599

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:19 pm
  • 16/07/2025
  • Komen
Blueshark tawar skuter elektrik SoloEra Solo 1C pada harga hanya RM599
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna di Malaysia kini boleh membuat pratempahan skuter elektrik terbaru daripada Blueshark Malaysia, iaitu Solo 1C pada harga hanya RM599. Skuter ini dijadualkan dilancar tidak lama lagi, dan akan menjadi model pertama di bawah sub jenama Blueshark, dipanggil SoloEra.

Harga Solo1C di Malaysia

Harga prapelancaran untuk Solo 1C ditetapkan pada RM2,999. Tetapi, disebabkan skuter elektrik ini dipasang secara tempatan atau CKD di EPMB Glenmarie, pembeli boleh menikmati rebat RM2,400 melalui program MARiiCAS. Ini bermakna, skuter Solo C1 boleh dimiliki dengan harga hanya RM599, yang perlu dibayar ketika pengambilan kenderaan.



Namun, harga ini tidak termasuk caj-caj lain seperti yuran pentadbiran, pendaftaran JPJ, pemasangan nombor plat dan insurans, yang juga perlu dijelaskan semasa pengambilan.

Perlu diingatkan bahawa harga RM599 ini tidak termasuk kos bateri serta pelan sambungan internet. Tawaran ini juga terhad kepada 500 pelanggan pertama sahaja, bermula 15 julai hingga 16 September 2025, selagi stok masih ada. Untuk menikmati harga prapelancaran ini, anda perlu melanggan pelan sewa bateri selama 5 tahun pada kadar RM59 sebulan dan membayar RM10 sebulan untuk pelan sambungan internet.



Selepas tempoh 5 tahun, pengguna boleh memilih sama ada untuk terus menyewa bateri setiap bulan atau membeli bateri baharu secara terus. Harga untuk bateri ini akan diumumkan semasa pelancaran rasmi SoloEra yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Dari segi pilihan warna, Solo 1C boleh didapatkan dalam warna hijau, oren dan putih. Untuk mempratempah skuter ini, anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi Setel atau terus di laman web MyMesra.

Spesifikasi SoloEra Solo 1C

Solo 1C hadir dengan motor elektrik berkuasa 2kW (2.7hp). Namun angka torknya masih belum diumumkan oleh pihak Blueshark. Ia menggunakan bateri LFP boleh tanggal berkapasiti 70.4V 28Ah (1.97kWh), yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 101km berdasarkan piawaian NEDC dengan penunggang seberat 75kg. Kelajuan maksimum pula mencecah 75km/j.

Setiap pembeli akan menerima pengecas rumah bersama motosikal ini, dan masa pengecasan dari 20% ke 100% dianggarkan antara 3.5 hingga 4 jam. Blueshark juga merancang untuk memperkenalkan pelan pertukaran bateri untuk Solo 1C pada masa akan datang. Namun buat masa ini belum dipastikan sama ada pelan tersebut akan ditawarkan kepada pembeli menerusi promosi prapelancaran ini.

Walaupun berat hanya 84kg, Solo 1C mampu menampung beban maksimum sehingga 220kg. Ia turut dilengkapi 4 mod tunggangan, termasuk fungsi bantuan undur (reverse assist), serta mampu mendaki cerun setinggi 16 darjah.

Untuk bahagian roda, ia menggunakan rim bersaiz 12 inci bersama tayar 100/70. Sistem membrek pula menggunakan brek cakera dengan sistem CBS (Combined Braking System) untuk kawalan lebih stabil.

Melalui pelan sambungan internet, pemilik Solo 1C boleh mengakses aplikasi SoloEra untuk pelbagai fungsi pintar. Antara ciri yang ditawarkan termasuk kebolehan menjejak lokasi motosikal, menyemak status bateri, mengaktifkan sistem anti-kecurian, serta membuka dan mengunci motosikal menggunakan kunci pintar berasaskan Bluetooth.

Tags: bluesharkblueshark malaysiamariicasPetronasskuter elektrikSolo 1CSoloEraSoloEra Solo 1C
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Blueshark tawar skuter elektrik SoloEra Solo 1C pada harga hanya RM599

Blueshark tawar skuter elektrik SoloEra Solo 1C pada harga hanya RM599

16 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER