• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

  • OLEH Penaja
  • 7:30 pm
  • 21/08/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia]

Kalau nak ambil gambar, hampir semua telefon pintar hari ini boleh buat, asalkan ada sistem kamera yang cukup baik. Tapi kenapa nak terima sebarang telefon, kalau anda boleh dapat pengalaman fotografi yang jauh lebih hebat dengan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7?



Generasi terbaru telefon lipat Samsung ini bukan saja bawa kualiti imej yang baik, tapi juga cara rakaman yang lebih kreatif. Dengan dua peranti ini, pengalaman mengambil gambar terasa seperti bawa kamera profesional, cuma bezanya… ia muat dalam poket.

Galaxy Z Fold7: Resolusi tinggi, zum sampai 30x

Dengan dilengkapi kamera utama 200MP, Galaxy Z Fold7 mampu menangkap imej dengan butiran jelas dan warna yang cantik. Potret yang diambil pun nampak kemas, dengan kesan bokeh yang lembut dan subjek yang kekal tajam.



Sampel gambar dari Kamera utama 200MP Galaxy Z Fold7

Walaupun zum jarak jauh biasanya mengorbankan kualiti, hal itu tidak berlaku pada Galaxy Z Fold7. Kamera telefoto 10MP dengan zum digital sehingga 30x memastikan tangkapan jauh tetap jelas, tanpa anda perlu berganjak.

Dan kalau bercakap pasal swafoto, Fold7 ada dua kamera 10MP, satu di skrin luar, satu lagi di skrin dalam. Tapi menariknya, anda juga boleh ambil gambar selfie gunakan kamera belakang, sambil previu imej terus di skrin luar. Hasilnya, komposisi tetap tepat dan kualiti pun lebih baik.

Galaxy Z Flip7: FlexCam untuk kreativiti tanpa had

Kalau Fold7 fokus pada kamera utama, Galaxy Z Flip7 pula membawa fleksibiliti sudut rakaman ke tahap baru. Skrin luar hujung-ke-hujung yang lebih besar bukan sekadar paparkan notifikasi, ia hidupkan sepenuhnya fungsi FlexCam, membolehkan anda rakam dari pelbagai sudut unik tanpa rumit.

Sekarang, bayangkan anda bersama rakan-rakan di kafe hipster. Anda keluarkan Galaxy Z Flip7, lipat separuh dan letakkan di atas meja. Tak perlu tripod, tak perlu minta orang tolong ambilkan gambar atau rakam video. Fungsi FlexCam dan skrin luar penuh buat semua jadi mudah.

Nak ambil gambar? Tak perlu capai telefon pun, cukup guna Palm Gesture dengan angkat tapak tangan dalam bingkai, dan telefon akan mulakan kiraan masa untuk ambil gambar. Kalau tengah rakam video, Auto Zoom akan pastikan semua kekal dalam bingkai walaupun ada yang bergerak.

Antara muka kamera pun lebih mesra pengguna. Zoom Slider memudahkan laras pembesaran, manakala ada animasi yang tunjuk kamera mana sedang digunakan. Jadi tak ada lagi masalah “tengok kamera salah”.

Pengeditan gambar lebih pintar dengan Galaxy AI

Kedua-dua Fold7 dan Flip7 dilengkapi ciri suntingan berasaskan Galaxy AI. Fungsi Object Eraser membolehkan  anda membuang objek atau orang yang tak diingini daripada gambar, manakala Sketch to Image membolehkan anda tambah elemen kreatif dengan hanya lakaran ringkas, hasilnya pun nampak realistik.

Bukan setakat gambar, rakaman video pun boleh ditambah baik. Audio Eraser boleh membantu untuk mengurangkan bunyi latar, seperti suara, angin atau hingar, menjadikan rakaman lebih jelas walaupun di persekitaran bising.

Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 bukan sekadar telefon lipat, ia adalah alat kreatif yang sentiasa berada dalam poket anda. Sama ada anda jurugambar profesional, vlogger kasual, atau sekadar mahu rakam momen dengan mudah, kedua-duanya memberi anda lebih kebebasan untuk bereksperimen, berimaginasi dan berkongsi dunia dari perspektif anda.

Promosi siri Galaxy Z

Bercadang untuk menaik taraf ke Galaxy Z Flip7 atau siri Galaxy Z lain? Berita baiknya, Samsung Malaysia ada menawarkan promosi menarik bukan sahaja kepada pemilik siri Galaxy Z sedia ada, tetapi juga pengguna baharu.

Bagi pengguna Galaxy Z Flip atau Fold sedia ada, anda boleh naik taraf ke model terkini melalui program Galaxy Forever, termasuk peluang untuk tukar beli peranti lama seperti Galaxy Z Flip4, Z Flip5, Z Flip6, Galaxy Z Fold4, Z Fold5 & Z Fold6, dan tebus Samsung Care+ percuma selama 3 tahun.

Bagi pengguna baharu, Samsung menawarkan naik taraf storan berganda bernilai RM600, diskaun sehingga 30% untuk pembelian dua tablet dan dua unit peranti boleh pakai, serta rebat tukar beli tambahan sehingga RM500 untuk mana-mana peranti sedia ada. Pemegang kad CIMB turut boleh nikmati baucar bernilai hingga RM400 apabila membeli siri Galaxy Z baharu di stor fizikal Samsung atau atas talian.

Berminat? Anda boleh dapatkan kedua-dua peranti lipat terbaru Samsung ini melalui stor rasmi Samsung Galaxy Z Flip7 dan Z Fold 7.

Tags: galaxy z flipGalaxy Z Flip 7galaxy z foldGalaxy Z Fold 7iklansamsungSamsung Galaxy Z Flip 7Samsung Galaxy Z Fold 7samsung malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER