• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V Flip 2 diumum, diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 dan bateri besar 5,500mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:20 pm
  • 22/08/2025
  • Komen
Honor Magic V Flip 2 diumum, diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 dan bateri besar 5,500mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Honor kini rasmi melancarkan Magic V Flip 2, telefon lipat jenis flip generasi kedua mereka untuk pasaran China. Diperkasa spesifikasi bertaraf flagship, telefon ini membawakan beberapa peningkatan berbanding model tahun lalu seperti bateri lebih besar, prestasi lebih berkuasa, sistem kamera dan ketahanan lebih baik.

Seperti sebelum ini, Honor juga menampilkan Magic V Flip 2 dengan edisi khas hasil kerjasama dengan pereka fesyen Jimmy Choo, tetapi kali ini dengan warna berbeza.



Harga Honor Magic V Flip 2

Terdapat empat varian yang ditawarkan untuk Magic V Flip di pasaran China, dengan varian tertinggi merupakan edisi khas Jimmy Choo tersebut. Berikut adalah harga jualannya:

  • Magic V Flip 2 (12GB+256GB) – CNY5,499 (~RM3,239)
  • Magic V Flip 2 (12GB+512GB) – CNY5,999 (~RM3,553)
  • Magic V Flip 2 (12GB+1TB) – CNY6,499 (~RM3,828)
  • Magic V Flip 2 edisi Jimmy Choo (16GB+1TB) – CNY7,499 (~RM4,417)

Selain warna biru berkilau edisi khas, Magic V Flip 2 turut tersedia dalam tiga lagi pilihan warna iaitu ungu, putih dan kelabu.



Buat masa ini, masih belum ada maklumat mengenai pelancaran Magic V Flip 2 di Malaysia atau pasaran global. Sebagai rujukan, model Magic V Flip sebelum ini juga hanya dilancarkan eksklusif di China.

Spesifikasi Honor Magic V Flip 2

Honor Magic V Flip 2 dipasangkan dengan skrin luaran 4-inci jenis LTPO OLED beresolusi 1200×1092 dengan kecerahan puncak 3,600 nits, manakala skrin dalamnya pula bersaiz 6.82-inci beresolusi 2868×1232 juga jenis LTPO OLED, tapi lebih cerah mencecah 5,000 nits. Kedua-dua panel skrin juga menyokong kadar segar semula 120Hz.

Dengan menampilkan kaca Ultra Thin Glass (UTG) pada skrin dalamnya, Honor turut mendakwa skrin ini boleh bertahan untuk lipatan sebanyak 350,000 atau sehingga 5 tahun. Lagi dari segi ketahan, telefon ini turut dinaik taraf dengan tahap kalis air dan debu IP58 dan IP59 berbanding tiada penarafan pada Magic V Flip pertama.

Kuasa telefon ini digerakkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, cip flagship yang sedikit lama, tetapi masih satu peningkatan daripada Snapdragon 8 Gen 1 yang digunakan pada model sebelumnya. Cip itu dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan seluas 1TB.

Bahagian kamera Magic V Flip 2 masih dilengkapi dengan tetapan dua kamera belakang. Namun, kamera utama kini menggunakan sensor lebih baik, 200MP f/1.9 dengan OIS dan sokongan zum digital sehingga 30x , manakala kamera ultralebar pula kini 50MP f/2.0 dengan autofokus. Sebagai perbandingan, Magic V Flip menggunakan kamera utama 50MP dan utlralebar 12MP.

Untuk selfie, kamera 50MP f/2.0 masih digunakan yang diletakkan dalam lubang atas skrin dalam.

Bateri sebesar 5,500mAh dimuatkan ke dalam Magic V Flip 2, peningkatan dari 4,800mAh dan ia sekarang menyokong pengecasan berwayar 80W dan wayarles 50W. Menurut Honor, pengecasan pantas berwayarnya membolehkan telefon dicas ke 50% dalam masa hanya 17 minit, dan pengecasan wayarles hanya 5 minit dapat memberikan masa tonton video selama 2 jam.

Sejurus keluar kotak, Magic V Flip 2 akan menjalankan sistem operasi MagicOS 9 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Magic V Flip 2.

Tags: honorHonor Magic V Flip 2Magic V Flip 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Honor Magic V Flip 2 diumum, diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 dan bateri besar 5,500mAh

Honor Magic V Flip 2 diumum, diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 dan bateri besar 5,500mAh

22 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER