Kalau anda tengah cari telefon 4G dengan skrin besar dan kapasiti bateri besar, Xiaomi Malaysia kini mrlancarkan Poco C85 untuk pasaran tempatan. Ia merupakan telefon pintar bajet bawah RM500 yang hadir dengan spesifikasi menarik seperti skrin 6.9” dengan kadar segar semula pantas 120Hz, bateri besar 6,000mAh, serta sokongan NFC.
Walaupun sudah cukup murah, Poco turut menawarkan promosi pembelian awal dengan harga serendah RM399.
Harga dan ketersediaan

Poco C85 didatangkan dalam dua konfigurasi RAM dan storan dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:
- Poco C85 6GB + 128GB – RM439
- Poco C85 8GB + 256GB – RM499
Seperti biasa, terdapat promosi pembelian awal disediakan, dan Poco menawarkan diskaun sehingga RM40 untuk pembelian dari 1 September hingga 16 September, menjadikan peranti boleh dibeli pada harga:
- Poco C85 6GB + 128GB –
RM439RM399 - Poco C85 8GB + 256GB –
RM499RM459
Anda boleh dapatkan Poco C85 sekarang menerusi Mi.com, Lazada dan juga Shopee.
Spesifikasi Poco C85

Poco C85 dilengkapi skrin 6.9” jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz pada resolusi HD+ 720p (1600×720 piksel). Skrinnya juga menyokong kecerahan puncak 810 nits.
Di dalamnya, ia dikuasakan cip MediaTek Helio G81-Ultra, yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan sehingga storan eMMC 5.1 seluas 256GB. Jika perlukan lebih ruang, storan boleh ditambah sehingga 1TB melalui kad microSD.
Untuk kamera, Poco C85 hadir dengan kamera utama 50MP f/1.8 bersama satu lagi lensa sekunder (tidak dinyatakan), manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 8MP dalam lubang di atas skrin.

Bateri besar 6,000mAh membekalkan tenaga dan ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Seperti disebut tadi, ini ialah telefon pintar 4G dan ia menyokong dua sim fizikal. Telefon juga kalis percikan air dan debu IP64, ada bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi, serta dilengkapi sokongan NFC.
Sejurus keluar kotak, ia akan didatangkan dengan Xiaomi HyperOS 2 berasaskan Android, dengan sokongan Circle to Search with Google dan Google Gemini.
Sekiranya anda ada bajet lebih sedikit, Poco M7 yang baru sahaja dilancarkan pertengahan Ogos lalu ada spesifikasi ada spesifikasi lebih baik kerana ia menawarkan skrin beresolusi lebih tinggi Full HD, storan lebih pantas UFS 2.2 serta bateri lebih besar 7,000mAh.