• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S25 FE dilancar dengan bateri lebih besar dan One UI 8 baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:35 pm
  • 04/09/2025
  • Komen
Samsung Galaxy S25 FE dilancar dengan bateri lebih besar dan One UI 8 baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir setahun, kini Samsung akhirnya telah melancarkan telefon pintar ‘Fan Edition’ terbaharu mereka, Galaxy S25 FE. Ia adalah varian paling mampu milik dalam siri Galaxy S25 yang Samsung perkenalkan hujung Januari lalu.

Walaupun masih mengekalkan rekaan serupa, Galaxy S25 FE kini hadir dengan beberapa naik taraf penting termasuk bateri lebih besar, sistem penyejukan lebih baik, serta menjadi telefon Galaxy S pertama yang dilengkapi One UI 8.



Harga dan ketersediaan Galaxy S25 FE

Terdapat dua varian yang ditawarkan untuk Galaxy S25 dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Galaxy S25 FE (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM3,099
  • Galaxy S25 FE (RAM 8GB dan storan 512GB) – RM3,699

Sebagai perbandingan, model baharu ini RM200 lebih murah berbanding Galaxy S24 FE yang dilancar pada harga bermula RM3,299 untuk storan 256GB dan RM2899 untuk storan RM3,899.



Jika berminat, Galaxy S25 FE akan boleh didapatkan di Malaysia bermula 19 September 2025.

Spesifikasi Galaxy S25 FE

Rekaan Galaxy S25 dilihat sangat mirip dengan S24 FE, seolah tiada perubahan. Oleh yang demikian, skrin yang sama boleh anda temukan pada S25 FE, iaitu Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7″ dengan resolusi 1080 x 2340 dan kadar segar semula 60Hz/120Hz, masih bukan panel LTPO seperti di model S25 lain. Skrinnya turut menyokong kecerahan puncak 1,900 nits.

Walaupun masih guna panel yang sama, Galaxy S25 FE kini hadir dengan bezel skrin yang lebih nipis. Cuma, bahagian dagu bawah masih nampak sedikit lebih tebal berbanding sisi lain.

Daripada segi perlindungan, ia juga masih menggunakan kaca Gorilla Glass Victus+ pada bahagian skrin depan dan belakang telefon, serta masih kalis air dan debu IP68. Kalau ada perubahan adalah ia kini menggunakan bingkai ‘Armor Aluminium’ seperti yang terdapat pada model flagship S25 yang lain.

Prestasi Galaxy S25 FE dijana oleh cip Exynos 2400, iaitu cip yang sama digunakan pada siri Galaxy S24 tahun lepas. Ini bermakna, anda boleh jangkakan prestasi yang sedikit lebih pantas dengan teras utama berkelajuan 3.2Ghz berbanding 3.1Ghz pada cip Exynos 2400e yang terdapat pada Galaxy S24 FE.

Bersama cip itu, Galaxy S25 FE dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 512GB untuk pasaran Malaysia. Selain itu, Samsung juga kini memuatkan sistem kebuk penyejuk (vapor chamber) 10% lebih besar untuk pengurusan haba yang lebih efisien.

Bagi kelengkapan kamera, Galaxy S25 FE masih mengekalkan tiga tetapan kamera yang sama seperti sebelumnya. Ia adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera telefoto 8MP yang menyokong zum optikal 3x. Jika ada perubahan, ia adalah kamera depan yang kini guna sensor 12MP berbanding 10MP di S24 FE.

Bahagian bateri dan pengecasan Galaxy S25 FE juga telah dipertingkat. Ia dimuatkan dengan kapasiti bateri 4,900mAh, sama seperti model Galaxy S25+ berbanding 4,700mAh pada Galaxy S4 FE. Apabila perlu dicas, ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C dan 25W secara wayarles. Samsung juga mengatakan telefon boleh dicas ke 65% dalam masa 30 minit melalui pengecasan berwayar.

Lebih menarik, Galaxy S25 FE juga telefon siri Galaxy S yang pertama akan lengkap dengan sistem operasi One UI 8 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak. Selain menawarkan UI baharu, ia juga akan dilengkapi dengan integrasi AI lebih mendalam termasuk Gemini Live, Now Bar, Now Brief, serta fungsi Photo Assist Galaxy AI seperti Instant Slow-mo, generative edit dan audio eraser.

Samsung juga memberi jaminan kemas kini OS dan keselaman selama 7 tahun untuk Galaxy s25 FE. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru gelap, biru cair, hitam dan putih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy S25 FE.

Tags: Galaxy S25 FEsamsungSamsung Galaxy S25 FEsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Samsung Galaxy S25 FE dilancar dengan bateri lebih besar dan One UI 8 baharu

Samsung Galaxy S25 FE dilancar dengan bateri lebih besar dan One UI 8 baharu

4 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER