• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy Tab S11: Tablet besar paling nipis Samsung dengan Dimensity 9400+ & S Pen baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:35 pm
  • 04/09/2025
  • Komen
Siri Galaxy Tab S11: Tablet besar paling nipis Samsung dengan Dimensity 9400+ & S Pen baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Galaxy S25 FE, Samsung turut melancarkan tablet flagship terbaharu mereka, ssiri Galaxy Tab S11. Berbeza dengan siri Tab S10 tahun lepas tiada lagi model “Plus”. Kali ini hanya ada dua pilihan, iaitu Galaxy Tab S11 untuk mereka yang mahukan saiz lebih kompak, dan Galaxy Tab S11 Ultra untuk pengalaman skrin besar dengan rekaan ultra nipis.

Harga siri Galaxy Tab S11 di Malaysia

Model Galaxy Tab S11 ditawarkan dalam satu konfigurasi storan, manakala Tab S11 Ultra pula tersedia dengan pilihan storan lebih besar. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Galaxy Tab S11 WIFI (12GB + 256GB) – RM3,899
  • Galaxy Tab S11 5G (12GB + 256GB) – RM4,399
  • Galaxy Tab S11 Ultra WIFI (12GB + 256GB) – RM5,999
  • Galaxy Tab S11 Ultra WIFI (12GB + 512GB) – RM6,499
  • Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12GB + 256GB) – RM6,499
  • Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12GB + 512GB) – RM6,999

Kalau berminat, siri Galaxy Tab S11 akan tersedia di Malaysia mulai 19 September, dan anda boleh dapatkannya dalam dua pilihan warna kelabu dan perak.

Spesifikasi Galaxy Tab S11 dan Tab S11 Ultra

Galaxy Tab S11

Model paling menonjol ialah Galaxy Tab S11 Ultra, yang kini menjadi tablet 14.6” (2960 x 1848) paling nipis Samsung setakat ini dengan ketebalan hanya 5.1mm dan berat 692g (WiFi). Bezel pada Tab S11 Ultra juga lebih nipis 5.2mm, dengan takuk yang lebih kecil kerana hanya menempatkan satu kamera hadapan.



Untuk model lebih kompak, Tab S11 hadir dengan skrin 11″ (2560 x 1600). Kedua-dua model masih menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Selain lebih besar, model Ultra juga dilengkapi dengan lapisan antipembiasan pada permukaan skrinnya. Badan tablet masih diperbuat daripada Armor Aluminium dan kalis air IP68.

Selain itu, S Pen turut direka semula dengan bentuk heksagon grip yang lebih selesa, seakan pensel sebenar. Samsung turut memindahkan dok pengecas magnetik ke bahagian atas tablet, mirip seperti iPad. Satu lagi perubahan ialah pin penyambung kini diletakkan di belakang tablet, sekaligus mengubah cara Tab S11 bersambung dengan sarung papan kekunci baharu.

Daripada segi prestasi, siri Tab S11 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400+ 3nm, yang menawarkan prestasi CPU 24% lebih laju, GPU 27% lebih pantas dan NPU 33% lebih cekap berbanding model sebelum ini. Tab S11 hadir dengan 12GB RAM dan storan 256GB, manakala Tab S11 Ultra menawarkan storan sehingga 512GB. Slot kad mikroSD turut disediakan, membolehkan ruang diperbesar lagi 2TB.

Untuk produktiviti, Samsung DeX kini lebih berkuasa dengan Extended Mode yang membolehkan anda sambung tablet ke monitor kedua secara wayarles dan drag and drop antara skrin untuk aplikasi untuk peralihan lancar. Ia juga menyokong sehingga 4 ruang kerja berbeza, jadi anda boleh susun ruang kerja ikut keperluan.

Tab S11 dibekalkan bateri 8,400mAh, manakala Tab S11 Ultra hadir dengan bateri lebih besar 11,600mAh, naik taraf dari 11,200mAh di Tab S10 Ultra. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 45W, sama seperti generasi sebelumnya. Di bahagian kamera, kedua-dua Tab S11 dan Tab S11 Ultra turut menggunakan kamera belakang dan depan 12MP, tetapi model Ultra terima satu lensa tambahan di belakang iaitu kamera ultralebar 8MP.

Selain itu, tablet ini turut dilengkapi sistem kuadspeaker, pengimbas cap jari dalam skrin, dan menyokong WiFi serta 5G, bergantung pada varian. Perlu untuk dinyatakan bahawa sokongan WiFi yang disediakan adalah berbeza bagi kedua-dua model, WiFi 7 untuk Tab S11 Ultra dan WiFi 6E untuk Tab S11.

Samsung turut menjanjikan 7 tahun kemas kini OS dan tampalan sekuriti untuk siri Tab S11. Sejurus keluar kotak ia akan menjalankan sistem operasi One UI 8 baharu berasaskan Android 16, lengkap dengan keupayaan AI yang lebih canggih. Antara fungsi baharu yang tersedia termasuk Gemini Live, serta ciri produktiviti seperti Drawing Assist, Writing Assist dan Circle to Search.

Untuk akses pantas pembantu AI, papan kekunci Tab S11 juga hadir dengan butang khusus Galaxy AI. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Galaxy Tab S11.

Tags: Galaxy Tab S11Galaxy Tab S11 UltrasamsungSamsung Galaxy Tab S11samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Siri Galaxy Tab S11: Tablet besar paling nipis Samsung dengan Dimensity 9400+ & S Pen baharu

Siri Galaxy Tab S11: Tablet besar paling nipis Samsung dengan Dimensity 9400+ & S Pen baharu

4 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER