• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:14 am
  • 10/09/2025
  • Komen
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September
Share on FacebookShare on Twitter

Sebaik sahaja menyudahkan acara pelancaran yang bertemakan “Awe Dropping”, Apple kini telah mendedahkan secara rasmi maklumat harga dan tempahan awal untuk barisan iPhone 17 dan iPhone Air terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia.

Tempahan awal untuk miliki iPhone terbaharu ini akan dibuka bermula Jumaat ini, 12 September jam 8 malam, manakala jualan rasminya di Malaysia akan bermula pada Jumaat minggu seterusnya,19 September, selari dengan pasaran Amerika Syarikat.



Harga iPhone 17 di Malaysia

Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkannya, berikut adalah harga jualan untuk siri iPhone 17 di Malaysia:

iPhone 17



  • 256GB – RM3,999
  • 512GB – RM4,999

iPhone 17 Pro

  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 17 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999
  • 2TB – RM9,999

Sebagai perbandingan, harga jualan iPhone 17 dilihat menurun sedikit berbanding iPhone 16, manakala harga iPhone 17 Pro dan Pro Max masih kekal sama. Ini adalah senarai harga jualan siri iPhone 16:

iPhone 16

  • 128GB – RM3,999
  • 256GB – RM4,499
  • 512GB – RM5,499

iPhone 16 Pro

  • 128GB – RM4,999
  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 16 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

Daripada segi warna, iPhone 17 ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk ungu, hijau, biru, putih dan hitam. Manakala, iPhone 17 Pro dan Pro Max tersedia dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan oren.

Harga iPhone Air di Malaysia

Sementara itu, tersedia dalam tiga varian storan, berikut adalah harga jualan iPhone Air di Malaysia:

iPhone Air

  • 256GB – RM4,999
  • 512GB – RM5,999
  • 1TB – RM6,999

Untuk iPhone Air, anda boleh dapatkannya sama ada dalam warna biru, emas, putih dan hitam.

Untuk mempratempah siri iPhone 17 dan iPhone Air, anda boleh singgah ke laman web Apple Malaysia.

Tags: appleapple malaysiaiphone 17iPhone 17 ProiPhone 17 Pro MaxiPhone Air
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN