• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini harga jualan rasmi Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE3 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:14 am
  • 10/09/2025
  • Komen
Ini harga jualan rasmi Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE3 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melancarkan tiga jam pintar baharu semasa acara pelancaran “Awe Dropping”, termasuk Apple Watch Series 11, Ultra 3 dan SE 3. Jam pintar baharu ini hadir dengan penambahbaikan dalam penjejakan kesihatan, cipset baharu, serta bateri yang lebih tahan lama.

Harga dan ketersediaan Apple Watch Series 11, Ultra 3 dan SE 3 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan jam pintar baharu Apple Watch di Malaysia:



Apple Watch SE 3

  • 40mm (GPS) – dari RM1,049
  • 40mm (GPS + Selular) – dari RM1,299
  • 44mm (GPS) – dari RM1,199
  • 44mm (GPS + Selular) – RM1,449

Apple Watch SE 3 tersedia dalam warna hitam dan emas.



Apple Watch Series 11

  • Titanium 46mm (GPS + Selular) – dari RM3,549
  • Aluminium 42mm (GPS) – dari RM1,799
  • Aluminium 42mm (GPS + Selular) – dari RM2,299
  • Aluminium 46mm (GPS) – dari 1,949
  • Aluminium 46mm (GPS + Selular) – dari RM2,449
  • Titanium 42mm (GPS + Selular) – dari RM3,299

Apple Watch Series 11 boleh didapatkan dalam warna hitam, emas, perak atau kelabu baharu.

Apple Watch Ultra 3

  • Alpine Loop – RM3,699
  • Trail Loop – RM3,699
  • Ocean Band – RM3,699
  • Titanium Milanese Loop – RM4,199

Anda boleh dapatkan Apple Watch Ultra 3 dalam dua warna, Natural Titanium atau Black Titanium. Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan tarikh ketersediaan untuk model Apple Watch ini.

Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE 3,: Notifikasi Hipertensi, Sleep Score & 5G

Selepas tiga tahun, Apple akhirnya mengemaskini barisan smartwatch bajet mereka dengan Apple Watch SE 3. Model ini hadir dengan ciri baharu seperti Always-On Display (AOD), cip S10 dari Series 10 tahun lalu, dan pengecasan lebih pantas yang boleh mengecas jam dari kosong ke 80% dalam 45 minit. SE 3 juga dilengkapi ciri kesihatan baharu, termasuk Sleep Score, pengesanan suhu pergelangan tangan, anggaran ovulasi retrospektif, dan notifikasi apnea tidur.

Apple Watch Series 11 mungkin tidak banyak berbeza dari Series 10, tetapi ia membawa peningkatan penting seperti notifikasi tekanan darah tinggi (hipertensi) untuk memberi amaran tentang kemungkinan simptom, serta Sleep Score. Jangka hayat bateri juga meningkat kepada 24 jam, berbanding 18 jam pada model sebelumnya.

Apple Watch Ultra 3 pula hadir dengan paparan OLED sudut luas LTPO 3, lebih mudah dilihat dan lebih cerah dari pelbagai sudut. Bezel kini 24% lebih nipis, membolehkan ia menampilkan paparan terbesar pada Apple Watch setakat ini.

Model Ultra 3 juga menyokong sambungan satelit terbina dalam, membolehkan anda kekal berhubung walaupun tiada liputan selular atau WiFi. Anda boleh menghantar teks kepada perkhidmatan kecemasan, mesej kepada keluarga dan rakan, serta berkongsi lokasi.

Melalui satelit, anda juga boleh menghantar dan menerima teks, emoji, dan Tapbacks menggunakan aplikasi Messages.

Semua model Apple Watch 2025 dengan selular hadir dengan sambungan 5G, dan dipasang WatchOS 26 sejurus keluar kotak.

Tags: appleapple malaysiaapple watchApple Watch SE 3Apple Watch Series 11Apple Watch Ultra 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Ini harga jualan rasmi Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE3 di Malaysia

Ini harga jualan rasmi Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE3 di Malaysia

10 September 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER