[Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia]
Kalau bercakap tentang fotografi malam dengan telefon pintar, mesti ramai yang terus terbayang cabaran biasa macam gambar gelap, penuh noise, warna pudar atau cahaya tak menentu. Memang susah nak dapat hasil yang cantik tanpa edit.
Tapi dengan realme 15 Pro, semua itu berubah. Diperkenalkan sebagai AI Party Phone pertama di dunia, realme 15 Pro direka khas untuk rakaman suasana malam yang lebih terang, tajam, dan penuh warna. Sama ada lepak di mamak, tengok konsert, atau ambil gambar skyline bandar waktu malam — telefon ini pastikan setiap momen anda dirakam dengan sempurna.
AI Party Mode – Malam Jadi Lebih Hidup





realme 15 Pro hadir dengan AI Party Mode, fungsi eksklusif yang dihidupkan oleh tiga algoritma pintar:
- AI Skin Tone Recovery – pulihkan tona kulit agar kelihatan semula jadi.
- Ultra-clear Nightscape Portrait Algorithm – kekalkan butiran muka & pakaian walaupun dalam cahaya malap.
- AI HyperRAW – hasilkan bayang muka 3D yang lebih realistik, dengan kontur wajah lebih menyerlah.

Apabila diaktifkan, AI Party Mode memaparkan antara muka kamera eksklusif bersama previu khas dan kesan cahaya berwarna untuk hidupkan suasana. Ada juga pilihan pencahayaan kreatif seperti Starburst dan Heart Effect, sesuai untuk kenangan malam yang meriah dan bergaya.



Kalau nak lagi istimewa, realme turut sediakan bingkai berwarna-warni bagi beri nuansa perayaan atau sentuhan kenangan pada setiap tangkapan. Dari ekspresi spontan rakan sampai potret bergaya, AI Party Mode pastikan hasilnya lebih terang, jelas, dan penuh suasana malam sebenar.

Trikamera 50MP + Rakaman 4K 60fps pada Semua Lensa

Perkakasan kamera realme 15 Pro dilengkapi trikamera 50MP, merangkumi kamera utama, kamera ultra lebar, dan kamera swafoto, dan ketiga-tiganya menyokong rakaman video 4K 60fps.



Sama ada anda sedang rakam suasana sambutan, pemandangan bandar yang luas, atau berswafoto bersama kawan waktu malam, setiap detik dirakam dengan jelas, stabil, dan penuh butiran.
AI Edit Genie – Edit Gambar Guna Suara

Kurang mahir edit gambar? Jangan risau. realme 15 Pro hadir dengan AI Edit Genie, ciri pertama di dunia hasil kerjasama dengan Google Gemini. Ia membolehkan anda edit bukan hanya dengan arahan teks, tetapi juga menggunakan suara. Lagi menarik, ia menyokong pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, atau Bahasa Cina.



Nak tukar warna baju, buang objek tak diingini atau tambah elemen baru di gambar asal? Semua boleh dilakukan dengan mudah, dan hasilnya pula kelihatan sangat menarik.






Selain itu, ciri AI Inspiration membolehkan anda sempurnakan gambar secara automatik: cerahkan imej, kurangkan noise, lembutkan tona kulit, buang silau, dan seimbangkan pencahayaan — semuanya hanya dengan satu klik.


2K Live Photo – Memori Lebih Tajam
Bagi yang suka abadikan momen dalam bentuk gambar bergerak, realme 15 Pro menawarkan ciri 2K Live Photo. Ia menyimpan setiap detik dengan resolusi lebih tinggi dari standard 1080p — menjadikan setiap gerakan lebih tajam dan realistik.


Lagi best, 2K Live Photo di realme 15 Pro boleh terus dikongsi ke IG Story — bukan sekadar disimpan dalam album saja. Jadi setiap detik istimewa bukan saja lebih tajam, malah nampak lebih hidup bila anda kongsikan.
Bateri besar, badan kekal nipis

Dengan kapasiti 7,000mAh, realme 15 Pro boleh bertahan sepanjang hari. Walaupun besar, badan telefon kekal nipis dengan 7.69mm dan ringan, menjadikannya salah satu telefon paling slim dalam segmen ini.

Sokongan 80W Ultra Charge pula memastikan proses pengecasan pantas, memberikan 50% dalam hanya 25 minit, dan penuh dalam 61 minit. Teknologi pengecasan bypass turut tersedia, membolehkan anda guna telefon secara terus semasa dicas tanpa menjejaskan bateri, terutamanya semasa gaming.
Prestasi lancar, skrin ultra terang

Di sebalik keupayaan kamera, realme 15 Pro turut dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4. Ia memberi prestasi lancar bukan saja untuk fotografi dan videografi, tetapi juga ketika anda sedang multitask dan gaming.

Skrinnya pula AMOLED 6.8” dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak mencecah 6500 nits, jadinya skrin kekal jelas walaupun di bawah matahari terik, sesuai untuk tontonan video, gaming, atau sekadar menatal media sosial.

Tambahan lagi, telefon ini dilindungi dengan IP69 dan Corning Gorilla Glass, menjadikan ia cukup lasak untuk dibawa ke mana-mana — tak kisah hujan atau tertumpah air. Lebih meyakinkan lagi, ia juga dijamin terima kemas kini OS selama 3 tahun dan keselamatan 4 tahun.
Malam lebih terang, momen lebih hidup

Kalau sebelum ini gambar malam selalu gelap dan penuh noise, realme 15 Pro sedia mengubah persepsi itu. Dengan AI Party Mode, sistem trikamera 50MP, dan ciri suntingan AI yang pintar, setiap momen malam akan kelihatan lebih terang, jelas, dan penuh warna.
Digabungkan dengan bateri besar, pengecasan pantas, prestasi Snapdragon, dan skrin ultra terang, realme 15 Pro bukan sekadar telefon untuk malam, ia teman harian yang lengkap dari siang hingga malam.
Dapatkan realme 15 Pro sekarang pada harga seperti berikut:
- RM1,799 (12GB + 256GB)
- RM2,099 (12GB + 512GB)