• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:22 pm
  • 24/09/2025
  • Komen
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini telah melancarkan Honor X9d 5G, telefon pintar kelas pertengahan terbaharu dan menggantikan X9c tahun lepas. Ia membawakan rekaan lebih kukuh, kapasiti bateri lebih besar serta menggunakan cip Snapdragon baharu.

Harga dan ketersediaan Honor X9d 5G di Malaysia

Berikut adakah harga jualan Honor X9d di Malaysia:



  • Honor X9d (RAM 12GB + storan 256GB) – RM1,499
  • Honor X9d (RAM 12GB + storan 512GB) – RM1.699

Jikalau berminat, Honor X9d boleh dipratempah dari 24 September hingga 9 Oktober 2025.

Pembeli awal dalam tempoh tersebut juga akan terima hadiah bernilai sehingga RM1,146, iaitu perlindungan skrin dan panel belakang selama 265 hari, lanjutan waranti 1 tahun, perlindungan terhadap kerosakan air 1 tahun, serta tablet Honor Pad X7 baharu secara percuma.



Anda boleh dapatkan Honor X9d 5G menerusi laman web Honor, serta stor rasmi Honor di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.

Spesifikasi Honor X9d 5G

Bermula dari luaran, pembaharuan ketara Honor X9d 5G adalah pada segi rekaannya. Ia kini menggunakan bingkai dan skrin rata, jenis AMOLED 6.79″ dengan resolusi 2640 x1200. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak setinggi 6,000 nits dan tahap PWM Dimming 3,840Hz.

Bahagian skrinnya juga telah diperkukuh, menampilkan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Menurut Honor, X9d terima pensijilan SGS Triple Resistant pertama dalam industri, menawarkan perlindungan penuh terhadap jatuh, air dan habuk. Honor juga mengatakan ia boleh tahan untuk jatuh setinggi 2.5 meter, lebih tinggi berbanding X9c pada 2 meter.

Selain itu, tahap kalis air dan debu juga dipertingkat kepada IP69K, bermaksud telefon direndam sedalam 6 meter, tahan terhadap air bersuhu tinggi sehingga 85 darjah serta ada perlindungan penuh terhadap habuk.

Kuasa X9d digerakkan oleh cip Snapdragon 6 Gen 4, akhirnya naik taraf daripada cip Snapdragon 6 Gen 1 yang digunakan sejak dua generasi lepas. Model baru ini dikatakan peningkatan prestasi CPU 11% dan GPU 29% berbanding sebelum ini. Dengan cip itu, ia dipadankan dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB.

Untuk tenaga, X9d dimuatkan dengan kapasiti lebih besar 8,300mAh jenis silikon karbon, dikatakan yang paling besar setakat ini dalam telefon pintar. Ia dikatakan mampu menawarkan masa tonton video sehingga 23.8 jam, gaming berterusan sehingga 16.8 jam dan sehingga 3 hari dalam penggunaan sederhana. Namun, pengecasan masih kekal sama pada paras 66W melalui USB-C.

Terdapat juga sokongan pengecasan terbalik berwayar pada7.5W. Walaupun bateri besar, badan Honor X9d kekal nipis hanya 7.76mm dengan berat 193g.

Perkakasan kamera didapati tidak berubah berbanding sebelumnya. X9d masih dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan kamera ultralebar 5MP. Manakala, lubang di hadapan menempatkan kamera selfie 16MP, berbeza berbanding X9c yang menggunakan kamera depan berbentuk pil.

Sistem pembesar suaranya adalah jenis stereo dengan kelantangan mencecah 400%. Telefon ini juga menyokong Bluetooth 5.2, WiFi 6 dan 5G. Ia akan datang dengan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak dengan ciri seperti AI Translation-Face to Face, AI Notes, Magic Portal 2.0, AI Cutout, AI Outpainting, AI Face Tune-Eyes Open dan banyak lagi.

Honor X9d tersedia dalam empat pilihan warna iaitu merah gelap, hitam, emas dan hijau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor X9d.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X9dtelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER