• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

  • OLEH Penaja
  • 9:45 pm
  • 24/09/2025
  • Komen
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia]

OPPO Malaysia kini memperkenalkan OPPO A6 Pro 5G, telefon pintar bajet pertengahan yang bukan saja tahan lasak kaw-kaw, tapi juga lancar untuk digunakan dan tampil dengan rekaan bergaya ikut gaya hidup masa kini.



Ditingkatkan daripada generasi sebelumnya, A6 Pro 5G bukan sekadar lasak di luar, tapi juga tahan lasak di dalam, dengan prestasi yang konsisten walaupun dipakai lama. Untuk rider penghantar makanan, student yang selalu multitask, atau pekerja muda yang nak satu telefon yang lengkap, inilah jawapannya.

Tahan lasak luar dan dalam

Jarang telefon harga sebegini dapat penarafan ketiga-tiga IP69 & IP68 & IP66,  tapi OPPO A6 Pro 5G ada. Maksudnya, Ia bukan sekadar tahan air dan habuk, tapi juga tahan rendaman, semburan tekanan tinggi, dan suhu melampau. Kalau hujan lebat atau tertumpah minuman masa lepak sekali pun, tak perlu risau.



Telefon ini juga lulus ujian ketahanan gred tentera. Skrinnya dilindungi ‘AGC DT-Star D+ Crystal Shield Glass’ yang lebih tahan hentakan, manakala penutup atas papan induk menggunakan aloi aluminium AM04 berketahanan tinggi. Ia terbukti jauh lebih kukuh berbanding aluminium biasa, mampu menahan lebih 1,000 kali bengkok serta menawarkan ketahanan tegangan dan tekanan lebih 70% tinggi daripada aluminium biasa, hampir setanding titanium.

Bahagian dalaman telefon turut dilengkapi bahan kusyen untuk lindungi kamera, bateri dan speaker, ibarat ada “airbag” dalam telefon.

Kalau masih risau, OPPO juga sediakan sarung pelindung tahan jatuh dan tidak mudah tergelincir.

Tak cukup dengan itu, ia hadir dengan bateri besar 6,500mAh, cukup untuk penggunaan seharian tanpa perlu cas kerap. Menurut OPPO, ia boleh bertahan sehingga 19.1 jam untuk tonton video, 37.4 jam untuk panggilan, dan 42.2 jam untuk main audio.

Lebih menarik, bateri ini mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti asal walaupun selepas 1,830 kitaran pengecasan, menjamin ketahanan jangka panjang melebihi 5 tahun.

Bila perlu cas, 80W SUPERVOOCTM Flash Charge pastikan telefon boleh dicas semula dengan pantas, dari 0% ke 100% hanya dalam 50 minit, atau cukup 5 minit cas untuk dapat 14% kuasa tambahan.

Bateri besar OPPO A6 Pro 5G bukan sahaja untuk telefon, malah boleh berfungsi sebagai ‘power bank’ sementara. Dengan sokongan pengecasan terbalik berwayar, anda boleh cas fon putik, jam pintar mahupun tablet bila-bila masa.

Lancar untuk kerja, gaming atau multitasking

OPPO A6 Pro 5G bukan sahaja tahan lasak, tapi juga direka untuk pengalaman penggunaan yang lancar. 

Sistem SuperCool VC bersaiz 4,300mm² yang digunakan pada telefon ini adalah 298% lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Ia turut dilengkapi lapisan grafit yang meningkatkan kawasan pelesapan haba sebanyak 21%, dengan susun atur komponen yang lebih baik untuk elak haba terkumpul pada satu bahagian.

Skrinnya pula menggunakan AMOLED Ultra Bright Display 120Hz berukuran 6.57 inci dan kecerahan maksimum 1,400 nits. Jadi nak scroll media sosial, tengok Netflix, atau baca mesej bawah matahari terik sekalipun masih jelas.

OPPO turut bawakan ciri AI LinkBoost 3.0 pada A6 Pro 5G, yang automatik pilih sambungan terbaik ikut lokasi dan situasi. Jadi walaupun anda berada dalam kawasan signal lemah macam lif, stesen bawah tanah atau kawasan berbumbung logam, rangkaian masih kekal stabil. 

Untuk mereka yang selalu bekerja di luar, contohnya rider penghantar makanan, ciri Outdoor Mode 2.0 pula bantu kurangkan risiko telefon jadi panas melampau dan tersekat di bawah matahari terik.

Kamera 50MP Ultra Clear dengan Livephoto

Selain itu, OPPO A6 Pro 5G dilengkapi kamera utama 50MP yang menawarkan imej beresolusi tinggi, cantik dan jelas. Malah, anda juga boleh aktifkan mod Hi-Res untuk tangkapan beresolusi tinggi, jadi gambar kekal tajam walaupun dizum atau dipotong.

Lebih menarik, ada juga Livephoto dan dengannya, kamera automatik rakam klip pendek 1.5 saat sebelum dan selepas gambar diambil, lengkap dengan audio, buatkan setiap momen anda nampak lebih hidup.

Rekaan bergaya ikut cita rasa muda

Walaupun fokus pada ketahanan, OPPO A6 Pro 5G tetap tampil dengan rekaan bergaya dan moden. Bingkai logam dengan lengkungan halus memberi rasa premium dan selesa digenggam, dengan berat hanya 185g dan nipis 8mm.

Ia hadir dengan dua pilihan warna menarik:

  • Stellar Blue – biru gelap dengan pantulan cahaya yang berkilau macam bintang di langit malam, kalis calar dan rasa licin bila disentuh.
  • Coral Pink – diinspirasikan terumbu karang, gabungan rona merah jambu dan jingga dengan tekstur kelopak halus, penuh romantik dan elegan.

Ringkasnya, telefon ini bukan sahaja tahan lasak di luar, ada prestasi lancar, tapi juga nampak bergaya bila dibawa ke mana-mana.

Miliki Oppo A6 Pro 5G

Dengan gabungan ketahanan lasak, prestasi lancar dan rekaan bergaya, OPPO A6 Pro 5G jelas ditujukan untuk mereka yang aktif, bekerja di luar atau perlukan telefon yang boleh diharap tanpa kompromi gaya. 

Sama ada anda rider, pelajar universiti atau pekerja muda, inilah telefon yang tahan lasak sambil kekal prestasi lancar dan nampak bergaya.

Anda boleh dapatkan OPPO A6 Pro 5G pada harga seperti berikut:

  • OPPO A6 Pro (8GB+256GB) – RM1,199

Untuk pra-tempahan yang dijalankan mulai 24 hingga 26 September 2025, OPPO turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM997, termasuk set kotak hadiah OPPO A6 Pro, jaminan perlindungan air selama setahun, serta perlindungan skrin setahun.

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO A6 Pro 5G, anda boleh layari laman web Oppo.

Tags: oppoOPPO Malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER