• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 15T dan 15T Pro kini rasmi di Malaysia, bermula RM1,899

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:34 pm
  • 26/09/2025
  • Komen
Xiaomi 15T dan 15T Pro kini rasmi di Malaysia, bermula RM1,899
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan di pentas global, siri Xiaomi 15T kini rasmi tiba di pasaran Malaysia. Sama seperti generasi sebelumnya, anda boleh dapatkannya dalam dua varian iaitu model Xiaomi 15T dan pilihan lebih premium, Xiaomi 15T Pro.

Harga siri Xiaomi 15T di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Xiaomi 15T dan 15T Pro untuk pasaran tempatan:



  • Xiaomi 15T Pro 12GB + 1TB – RM3,499
  • Xiaomi 15T Pro 12GB + 512GB – RM2,999
  • Xiaomi 15T Pro 12GB + 256GB – RM2,699
  • Xiaomi 15T 12GB + 512GB – RM2,199
  • Xiaomi 15T 12GB + 256GB – RM1,899

Xiaomi 15T dan 15T Pro boleh dipratempah dari sekarang sehingga 2 Oktober 2025 dan pembeli juga akan nikmati rebat RM200, serta terima percuma jam pintar Xiaomi Watch S4 (Xiaomi 15T Pro) bernilai RM699 atau fon putik Xiaomi Buds 5 (Xiaomi 15T) bernilai bernilai RM459, bergantung pada model.

Untuk pilihan warna, Xiaomi 15T Pro ditawarkan dalam emas perang, kelabu, dan hitam, manakala Xiaomi 15T hadir dalam “rose”, kelabu dan hitam.



Spesifikasi Xiaomi 15T Pro

Model Pro kali ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9400+ dengan padanan RAM LPDDR5X 12GB dan storan pantas UFS 4.1 sehingga 1TB. Ia juga dilengkapi cip Xioami Surge T1S Turner, untuk mengoptimumkan sambungan WiFi, Bluetooth, GPS dan selular.

Di hadapan, ia menggunakan skrin AMOLED 6.83″rata beresolusi 2772 x 1280 dengan ketumpatan piksel 447ppi. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar pensampelan sentuh 480Hz, lengkap dengan sokongan HDR10+, Dolby Vision, serta perlindungan Corning Gorilla Glass 7i.

Untuk bahagian kamera, Xiaomi 15T Pro masih menerima penjemaan Leica dengan sistem tiga lensa Vario-Summilux. Ia merangkumi kamera utama 50MP Light Fusion 900 dengan OIS, kamera telefoto 50MP OIS, dan kamera ultra-lebar 12MP dengan sudut pandang 120°. Kamera swafoto pula menggunakan sensor 32MP f/2.2.

Dari segi bateri, Xiaomi membekalkan kapasiti 5,500mAh pada Xiaomi 15T Pro, dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar bersama 50W tanpa wayar. Menurut Xiaomi, cas penuh berwayar hanya mengambil masa 36 minit untuk penuh, manakala 56 minit untuk cas penuh secara wayarles.

Badan peranti ini turut disahkan dengan tahap ketahanan IP68. Dan, ia menyokong speaker stereo dengan Dolby Atmos, WiFi 7. Bluetooth 6.0, pemancar inframerah dan NFC. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan HyperOS3.

Spesifikasi Xiaomi 15T

Bagi model standard, Xiaomi 15T dipacu cip MediaTek Dimensity 8400-Ultra juga dengan kombinasi LPDDR5X RAM 12GB dan storan UFS 4.1. Namun kapasiti storan yang disediakan sedikit lebih kecil, sehingga 512GB.

Skrinnya sama iaitu panel AMOLED 6.83 inci FHD+, ketumpatan 447ppi, dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Bezanya, kadar segar semula hanya terhad pada 120Hz. Seperti model Pro, kaca Corning Gorilla Glass 7i turut digunakan sebagai perlindungan.

Kamera juga hadir dengan konfigurasi tiga lensa Leica Summilux. Cuma, sensor utama ialah 50MP Light Fusion 800 dan bukan Light Fusion 900. Kamera itu digandingkan dengan kamera telefoto 50MP, ultralebar 12MP, serta kamera depan 32MP.

Kapasiti bateri masih sama besar 5,500mAh, tetapi sokongan pengecasan berwayar lebih perlahan iaitu 67W dan tiada ciri pengecasan tanpa wayar. Xiaomi dakwa telefon boleh dicas penuh dalam masa 50 mint.

Sementera ia turut dilengkapi speaker stereo dengan Dolby Atmos, model 15T menyokong sambungan WiFi 6E, Bluetooth 6.0, NFC dan pemancar inframerah. Ia juga akan menjalankan HyperOS3 sejurus keluar kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi 15T dan 15T.

Tags: xiaomixiaomi 15tXiaomi 15T Proxiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Xiaomi 15T dan 15T Pro kini rasmi di Malaysia, bermula RM1,899

Xiaomi 15T dan 15T Pro kini rasmi di Malaysia, bermula RM1,899

26 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER