SoyaCincau.com sedang memperluas liputan Bahasa Melayu, dan kami mencari seorang Pencipta Kandungan (Content Creator) yang betul-betul minat terhadap dunia teknologi. Kalau anda suka ubah topik rumit, kemudian tukarkan jadi konten yang jelas, menarik dan mudah difahami untuk bantu rakyat Malaysia buat keputusan bijak — inilah peluang anda.
Ditubuhkan sejak 2008, SoyaCincau.com kini jadi platform media teknologi pelbagai bahasa terkemuka di Malaysia — dalam Inggeris, BM dan Cina. Kami di sini untuk hubungkan minda ingin tahu dengan maklumat yang relevan. Dari telefon pintar dan EV, ke kewangan digital dan dasar teknologi, kami nak membina komuniti pencipta kandungan dan pengguna yang bertanggungjawab.
Peranan anda
- Penghasil kandungan: Rancang, tulis & hasilkan konten dalam pelbagai format: artikel web, penerangan, hantaran sosial dan video pendek. Bawakan berita, reviu dan features — daripada gajet, pelan telco, servis digital sehinggalah dasar yang beri kesan pada rakyat Malaysia.
- Asah kepakaran: Bangunkan kepakaran khusus dalam satu bidang teknologi dan jadi rujukan dipercayai oleh pembaca.
- Bantu pengguna: Kupas produk, pelan dan perkara yang rumit jadi maklumat mudah dan praktikal supaya orang ramai boleh buat pilihan bijak.
- Pantas tapi tepat: Ikut tren, kesan cerita penting, dan terbitkan dengan segera — tanpa kompromi pada kejelasan dan kredibiliti.
- Bekerjasama: Bekerja rapat dengan editor, pasukan video, sosial dan grafik untuk hidupkan idea anda.
Apa yang kami cari
- Kemahiran menulis BM yang baik dengan struktur yang kemas, penjelasan yang jelas, dan nada penulisan yang menarik.
- Rasa ingin tahu dan kemahiran membuat kajian — tahu cari konteks, sumber, dan sebab di sebalik sesuatu berita.
- Naluri berita dan inisiatif — mampu cadang idea, susun keutamaan, dan siapkan kandungan.
- Bercerita melalui video — Kebolehan merakam video, serta biasa dengan format video sosial dan gunakan aplikasi penyuntingan seperti CapCut.
- Biasa dengan alat penerbitan (WordPress) serta platform sosial (Facebook, X/Twitter, Instagram, YouTube, TikTok).
- Faham asas analitik (contoh: Google Analytics, YouTube Analytics) untuk belajar apa yang berkesan dan tingkatkan prestasi.
- Tahu asas SEO (tajuk, kata kunci) untuk bantu konten lebih mudah ditemui.
- Fikiran terbuka, suka bekerja dalam pasukan, dan ada minat untuk belajar.
Bonus kalau ada:
- 2–4 tahun pengalaman menulis (pengalaman dalam media teknologi adalah kelebihan).
- Faham trend teknologi, budaya, dan masyarakat.
- Ada keyakinan depan kamera atau sedia belajar untuk hasilkan video pendek.
Kenapa sertai SoyaCincau?
- Impak: Hasil kerja anda bantu jutaan rakyat Malaysia faham tentang teknologi.
- Ruang kreatif: Boleh lontarkan idea berani, cuba format baru, dan asah gaya penulisan sendiri.
- Budaya pembelajaran: Suka berdebat idea, gali lebih dalam tentang “kenapa”, dan saling kongsi ilmu.
- Ganjaran berasaskan prestasi: Gaji kompetitif, kenaikan tahunan, bonus prestasi, elaun berhias untuk kerja depan kamera, serta cuti yang lumayan.
Cara mohon
Hantar permohonan ke [email protected] dengan subjek: “Saya Pencipta Kandungan BM yang anda cari!”
Sertakan contoh kandungan teknologi terkini yang anda pernah hasilkan, dan video pendek (maksimum 2 minit) untuk perkenalkan diri anda (melalui pautan Google Drive).
Tunjukkan personaliti anda & apa yang paling anda suka tentang teknologi — kami nak kenal diri anda yang sebenar!