• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp tambah ciri baharu: Live Photos, Meta AI & carian kumpulan lebih mudah

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:36 pm
  • 30/09/2025
  • Komen
WhatsApp tambah ciri baharu: Live Photos, Meta AI & carian kumpulan lebih mudah
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini membawakan beberapa ciri baharu pada aplikasinya untuk menjadikan pengalaman perbualan lebih meriah, ekspresif dan pintar. Antara yang diperkenalkan termasuk sokongan Live Photos, cipta tema chat menggunakan AI, sticker baharu, serta kebolehan imbas dokumen terus dalam aplikasi.

Kini sokong Live Photo

Kalau sebelum ni anda hanya boleh hantar gambar atau video biasa, kini WhatsApp menyokong Live Photos (iOS) dan Motion Photos (Android). Ia lengkap dengan bunyi dan pergerakan, menjadikan momen yang dikongsi terasa lebih nyata, tak kira platform apa yang kawan atau keluarga anda guna.



Pilihan Live Photo ini boleh dihidupkan atau dimatikan melalui ikon di bahagian atas sebelah kanan, bersebelahan dengan resolusi HD.

Tukar rupa chat dengan Meta AI

Awal tahun ini, WhatsApp memperkenalkan Chat Themes, membolehkan anda menukar rupa perbualan. Kini dengan bantuan Meta AI, anda boleh cipta sendiri tema tersuai mengikut citarasa masing-masing. Walau bagaimanapun, Meta menyatakan ciri ini mungkin belum tersedia untuk semua pengguna.



Selain itu, WhatsApp juga menambah ciri baharu yang membolehkan anda gunakan AI untuk hasilkan latar belakang unik semasa panggilan video. Fungsi ini turut boleh digunakan ketika mengambil gambar atau video dalam chat. Kalau anda suka guna sticker, terdapat koleksi baharu yang boleh dimuat turun, antaranya Fearless Bird, School Days, dan Vacation.

Carian kumpulan lebih mudah

Kadang-kadang banyak sangat kumpulan sampai susah nak ingat nama. Kini WhatsApp mudahkan carian, anda hanya perlu taip nama seseorang dalam carian di bahagian chat, dan ia akan tunjukkan semua kumpulan yang anda ada bersama individu itu. Akhir sekali, pengguna Android kini boleh imbas, crop, simpan dan hantar dokumen terus dari aplikasi WhatsApp, iaitu fungsi yang sebelum ini sudah tersedia di iPhone.

Jika anda belum nampak ciri-ciri baharu ini, jangan risau kerana ia akan dikemaskini kepada semua pengguna secara berperingkat, dalam beberapa minggu akan datang.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: meta aiwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp tambah ciri baharu: Live Photos, Meta AI & carian kumpulan lebih mudah

WhatsApp tambah ciri baharu: Live Photos, Meta AI & carian kumpulan lebih mudah

30 September 2025
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN