• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:25 pm
  • 01/10/2025
  • Komen
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

BUDI95 kini rasmi dilancarkan kepada semua rakyat Malaysia yang layak bermula 30 September 2025. Selagi anda mempunyai MyKad dan lesen memandu yang sah, anda boleh menikmati harga subsidi RON95 yang lebih rendah pada kadar RM1.99 seliter.

Tapi lepas selesai pengesahan dan ikut proses pembelian, mungkin anda akan nampak sesuatu yang agak pelik pada meter pam minyak. Jumlah yang tertera jauh lebih tinggi daripada apa yang anda bayar. Contohnya, kalau anda set untuk isi minyak RM50, paparan pada pam mungkin menunjukkan jumlah sebenar bernilai RM65.30.



Kenapa jadi macam ni? Adakah ini scam, atau ada masalah teknikal dengan pam minyak? Jawapannya sebenarnya mudah.

Pam akan sentiasa paparkan harga RON95 tanpa subsidi

Buat masa ini, pam minyak dikonfigurasikan untuk memaparkan harga RON95 tanpa subsidi, iaitu RM2.60 seliter. Walaupun anda sudah sahkan kelayakan BUDI95 sama ada melalui MyKad fizikal, eWallet atau aplikasi stesen minyak, harga di pam tetap akan menunjukkan pada kadar RM2.60 seliter.



Sebagai contoh, jika anda set untuk isi minyak RM10, anda sebenarnya akan dapat 5.027L pada kadar subsidi RM1.99/liter. Tetapi paparan pam akan tunjuk RM13.07 (5.027L @ RM2.60/liter).

Memang nampak mengelirukan pada mulanya, tapi harga subsidi akan ditunjukkan dalam resit akhir. Apa yang anda perlu perhatikan ialah jumlah liter yang dipam, bukan jumlah ringgit di paparan.

Kalau anda gunakan preset di pam, biarkan sahaja proses isi minyak berjalan sehingga pam berhenti secara automatik.

Begitu juga jika anda layak BUDI95 dan buat bayaran tunai di kaunter. Jangan hentikan isi minyak bila paparan pam capai jumlah bayaran anda. Teruskan isi sampai pam berhenti dengan sendiri.

Kalau anda isi kurang daripada jumlah yang dibayar, anda boleh tuntuk semula baki yang tak diisi di kaunter.

Lihat resit untuk jumlah harga sebenar dengan subsidi

Seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, baris pertama dalam resit akan memaparkan jumlah harga tanpa subsidi (RM2.60 seliter), sama seperti yang anda lihat pada pam minyak.

Baris kedua pula akan disertakan dengan jumlah subsidi (RM0.61 seliter) dan jumlah harga selepas subsidi (RM1.99 seliter), iaitu harga sebenar yang anda sudah bayar.

Perkara sama juga boleh dilihat pada aplikasi Setel. Resit digital akan memaparkan jumlah harga bahan api tanpa subsidi dan jumlah akhir selepas subsidi BUDI95 ditolak.

Turut disertakan ialah pecahan terperinci meliputi jumlah liter yang dibeli, harga pam sebenar, serta jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan.

Siapa layak harga RM1.99 seliter RON95?

Dengan BUDI95, kerajaan memansuhkan subsidi pukal RON95 RM2.05/liter sebelum ini dan menggantikannya dengan subsidi bersasar.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RM2.60 seliter untuk RON95 tanpa subsidi ini akan kekal sehingga akhir Oktober 2025. Selepas itu, harga akan diapungkan mengikut harga pasaran global.

Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dan lesen memandu sah, anda boleh menikmati kadar subsidi RM1.99 seliter dengan kuota bulanan 300 liter. Jika anda melebihi kuota bulanan atau bukan warganegara, anda perlu membayar harga tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter. Pemandu eHailing pula dikecualikan daripada kuota 300 liter ini, namun tarikh pelaksanaan masih belum diumumkan.

Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan hanya mempunyai lesen memandu Singapura, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha meluaskan inisiatif BUDI95 kepada kumpulan ini. Bagaimanapun, pelaksanaan akan mengambil masa kerana JPJ sedang membangunkan sistem pendaftaran dalam talian khas untuk rakyat Malaysia yang memegang lesen Singapura.

Kenderaan asing masih tidak dibenarkan membeli petrol RON95, walaupun dipandu oleh rakyat Malaysia. Namun, warga asing yang memandu kenderaan berdaftar Malaysia boleh membeli RON95 tetapi pada harga tanpa subsidi.

Tags: BUDI95MyKadRON95setelSubsidi RON95
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER