• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:28 pm
  • 07/10/2025
  • Komen
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah
Share on FacebookShare on Twitter

Proton e.MAS 5 akan dilancarkan di pasaran tempatan dengan anggaran harga di antara RM60,000 hingga RM80,000, menjadikannya antara EV paling mampu milik di Malaysia setakat ini. Proton juga telah mendedahkan bahawa hatchback elektrik ini akan hadir dalam dua varian, iaitu e.MAS 5 Prime dan e.MAS 5 Premium.

Jikalau anda berminat untuk dapatkannya, Proton e.MAS 5 kini boleh ditempah di 42 pengedar Proton e.MAS seluruh negara, dengan yuran tempahan sebanyak RM99. EV ini dijangka akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini, dengan penghantaran dijadualkan bermula November.



Promosi tempahan awal Proton e.MAS 5

Untuk 5,000 pelanggan pertama yang menempah Proton e.MAS 5, Proton turut menawarkan rebat tambahan RM500, serta kad edisi terhad Proton e.MAS Enhanced Touch ‘n Go NFC yang dipramuat dengan kredit RM100 kepada pelanggan.

Menariknya, mereka yang sudah menempah sebelum pengumuman rasmi ini juga layak menerima tawaran tempahan awal ini.



Spesifikasi Proton e.MAS 5 Prime didedahkan

Sama seperti Proton e.MAS 7, varian Prime merupakan model asas dalam keluarga e.MAS 5. Berbanding versi Premium, e.MAS 5 Prime hadir dengan bateri LFP berkapasiti lebih kecil iaitu 30.12kWh, yang dibekalkan oleh CATL.

Walaupun masih mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) seperti model Premium, e.MAS 5 Prime menggunakan motor 58kW (78hp) dengan tork 130Nm, sedikit kurang berkuasa berbanding versi Premium. Berdasarkan kalkulator cukai jalan EV kami, pemilik e.MAS 5 Prime hanya perlu membayar RM30 setahun untuk cukai jalan.

Dari segi prestasi, e.MAS 5 Prime mampu memecut dari 0 hingga 50km/j dalam 4.4 saat, dengan kelajuan maksimum 125km/j dan jarak pemanduan WLTP 225km. Model ini turut dilengkapi rim keluli 15-inci, berbanding rim aloi 16iinci pada varian Premium.

Walau bagaimanapun, Proton tidak mendedahkan kadar pengecasan DC yang disokong e.MAS 5 Prime, tetapi mereka memaklumkan ia mengambil masa sekitar 21 minit untuk mengecas dari 30% ke 80%. Dengan pengecasan AC, masa pengecasan penuh dari 10% ke 100% adalah sekitar 4.3 jam.

Akhir sekali, e.MAS 5 Prime ditawarkan dalam tiga warna iaitu putih, kelabu dan perak dengan kabin dalam berwarna kelabu gelap.

Spesifikasi Proton e.MAS 5 Premium

Varian Proton e.MAS 5 Premium pula dilengkapi motor 85kW (114hp) dengan tork 150Nm, menawarkan prestasi yang lebih berkuasa berbanding model Prime. Ia mampu memecut dari 0 hingga 50km/j dalam 3.9 saat, sedikit lebih pantas daripada varian Prime, dengan kelajuan maksimum pada 135km/j.

Walaupun lebih berkuasa, cukai jalan untuk e.MAS 5 Premium boleh dianggap masih rendah, hanya RM60 setahun, berdasarkan kalkulator Cukai Jalan EV kami.

Dari segi bateri, e.MAS 5 Premium menggunakan bateri LFP 40.16kWh yang dibekalkan CATL, menawarkan jarak kembara WLTP sehingga 325km dalam satu bateri penuh. Untuk pengecasan DC, ia mengambil masa sekitar 21 minit untuk cas dari 30% hingga 80%, manakala pengecasan penuh menggunakan AC memakan masa kira-kira 5.9 jam.

Sama seperti varian Prime, e.MAS 5 Premium hadir dalam pilihan luaran warna putih, kelabu, dan perak dengan kemasan dalaman kelabu gelap. Selain itu, dua pilihan warna tambahan turut ditawarkan, merah jambu dan krim yang dipadankan dengan kabin dalaman berwarna putih,

Galeri imej Proton e.MAS 5 Premium

Tags: EVkenderaan elektrikPro-NetprotonProton e.MASProton e.MAS 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER