• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Air dilancar, telefon murah kalis air IP69K dengan rekaan ultra nipis macam iPhone Air

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:15 pm
  • 17/10/2025
  • Komen
Nubia Air dilancar, telefon murah kalis air IP69K dengan rekaan ultra nipis macam iPhone Air
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda mahukan telefon ultra nipis tapi rasakan harga iPhone Air terlalu tinggi, Nubia kini tampil dengan alternatif mereka tersendiri, iaitu Nubia Air. Ia merupakan telefon kelas permulaan yang hadir dengan rekaan nipis hanya 5.9mm, namun masih kapasiti mengekalkan bateri cukup besar serta binaan tahan lasak.

Harga dan ketersediaan Nubia Air di Malaysia

Nubia Air kini boleh dibeli di Malaysia untuk satu-satunya varian 8GB + 256GB pada harga RM1,099.



Berita baiknya, Nubia turut menawarkan promosi pembelian awal, di mana pengguna boleh dapatkannya RM200 lebih murah, pada RM899. Namun, mereka tidak menyatakan sampai bila promosi ini akan berjalan.

Dilihat pembelian di Shopee turut akan disertakan secara percuma powerbank berkapasiti 10,000mAh. Oleh itu, kalau berminat anda boleh dapatkan Nubia Air menerusi stor rasmi mereka di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Nubia Air

Rekaan Nubia Air dilihat sama dengan iPhone Air. Ia menampilkan rekaan ultra nipis dengan ketebalan hanya 5.9mm, bersama bonggol kamera berbentuk pil di bahagian atas. Berbeza dengan iPhone Air yang hanya ada satu kamera dengan ketebalan 5.6mm, Nubia Air memuatkan tiga modul kamera di dalam bonggol itu. Berat keseluruhan Nubia Air pula hanya 172 gram,

Di bahagian skrin, Nubia Air menggunakan panel AMOLED 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1224×2720. Untuk perlindungan, skrin Nubia Air dilapisi Corning Gorilla Glass 7i, sementara badannya mendapat penarafan IP69K, tahap kalis air dan habuk tertinggi dalam industri.

Walaupun nipis, Nubia mendakwa telefon ini memiliki binaan tahan lasak. Ia tampil dengan bingkai aloi aluminium dan struktur dalaman yang diperkuat di keempat-empat penjuru. Menurut Nubia, ketebalan bingkai pada skrinnya turut ditingkatkan sebanyak 30% bagi menambah ketahanan peranti, dengan ia melepasi pelbagai ujian ketahanan termasuk 600,000 kali ujian skrin sentuh, 6,000 kali ujian jatuhan berterusan, 600 kali ujian jatuhan bergolek, serta lima ujian jatuhan bebas.

Dari segi prestasi, Nubia tidak mendedahkan cip sebenar yang digunakan, cuma menyatakan ia menggunakan cip 8 teras 6nm. Berkemungkinan ia adalah cip Unisoc T8300. Dengan cip itu, telefon ini disediakan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas pada kuasa 33W USB-C.

Dari segi kelengkapan kamera, Nubia Air hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera depth 2MP, manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 20MP dalam lubang takuk kecil. Sistem kameranya disokong oleh beberapa fungsi berasaskan AI seperti AI Sport Snapshot, penstabil imej elektronik (EIS), Video Anti-Shake, AI Super Night, dan AI HDR untuk tangkapan lebih stabil dan terang.

Ia turut dilengkapi alat suntingan imej berasaskan AI seperti Magic Editor dan Magic Eraser, serta menjalankan Android 15 dengan integrasi Google Gemini AI terus dari kotak.

Dari segi audio dan sambungan, Nubia Air dibekalkan dengan HiFi 4 DSP, pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, 5G, Bluetooth 5.4, dan WiFi 5. Telefon ini ditawarkan dalam dua warna hitam dan emas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nubia Air.

Tags: NubiaNubia AirZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Nubia Air dilancar, telefon murah kalis air IP69K dengan rekaan ultra nipis macam iPhone Air

Nubia Air dilancar, telefon murah kalis air IP69K dengan rekaan ultra nipis macam iPhone Air

17 October 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER