• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 15T dilancar, tampil dengan rekaan songket & bateri besar 7,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:50 pm
  • 30/10/2025
  • Komen
Realme 15T dilancar, tampil dengan rekaan songket & bateri besar 7,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu mereka, Realme 15T di Malaysia. Menariknya, ia tampil dengan rekaan berinspirasi daripada songket, kalis air dan debu IP69 serta ada bateri besar 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.

Harga dan ketersediaan Realme 15T

Realme 15T ditawar dalam dua varian, dan yang agak peliknya berbeza dari segi RAM dan bukan storan. Apa pun, berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Realme 15T (8GB+256GB) – RM1,199
  • Realme 15T (12GB+256GB) – RM1,299

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Realme 15T di kedai jenama Realme di seluruh negara, melalui telco seperti Maxis, U Mobile dan RedOne, serta melalui stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Spesifikasi Realme 15T

Salah satu perkara menarik pada Realme 15T adalah dari segi rekaannya. Menurut Realme, ia direka dengan estetik “rPhone”, menampilkan rekaan diinspirasi daripada sutera songket dan emas berkilau bak gulungan filem klasik Melayu. Telefon ini turut tersedia dengan kemasan belakang matte hitam dengan ukiran nano yang dikatakan kalis terhadap cap jari dan kesan kotoran.



Dengan ketebalan hanya 7.79mm dan berat 181g, Realme 15T juga mempunyai penarafan kalis habuk dan air setinggi IP69.

Di bahagian hadapan, Realme 15T menampilkan paparan AMOLED 6.57″ dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2372×1080 piksel, serta kecerahan maksimum sehingga 4,000 nits. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6400 Max 5G, digandingkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB.

Untuk kamera, Realme 15T dilengkapi kamera utama 50MP f/1.8 di belakang bersama kamera potret 2MP f/2.4. Di depan pula, terdapat kamera swafoto 50MP f/2.4. Menariknya, kedua-dua kamera 50MP ini mampu merakam video pada resolusi 1080p sehingga 60fps. Telefon ini juga menyokong ciri AI Edit Genie, penyuntingan imej menggunakan arahan suara yang diperkenalkan buat pertama kali pada siri Realme 15.

Realme 15T turut memuatkan bateri besar 7,000mAh dengan pengecasan pantas berwayar 60W melalui USB-C. Dalam kotak, anda turut menerima kepala pengecas 80W, kabel USB-C, serta sarung pelindung telefon.

Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, WiFi 5, Bluetooth 5.3, dan NFC. Sistem operasinya pula ialah Realme UI 6 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 15T.

Tags: RealmeRealme 15TRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Realme 15T dilancar, tampil dengan rekaan songket & bateri besar 7,000mAh

Realme 15T dilancar, tampil dengan rekaan songket & bateri besar 7,000mAh

30 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER