• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta dilapor jana RM75 bilion daripada iklan scam 2024, 96% laporan pengguna diabaikan

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:31 pm
  • 11/11/2025
  • Komen
Meta dilapor jana RM75 bilion daripada iklan scam 2024, 96% laporan pengguna diabaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Meta, syarikat induk kepada Facebook, Instagram dan WhatsApp, dilaporkan memperoleh kira-kira 10% daripada pendapatan tahun 2024 hasil daripada iklan yang mempromosikan penipuan serta barangan terlarang. Jumlah itu dianggarkan sekitar USD 16 bilion (RM75.8 bilion).

Pendedahan ini berdasarkan dokumen dalaman syarikat yang diperoleh oleh Reuters. Menurut laporan tersebut, Meta dikatakan menyiarkan sehingga 15 bilion iklan scam setiap hari. Ini termasuk skim pelaburan palsu, kedai dalam talian penipu, perjudian haram, dan penjualan produk perubatan terlarang.



Walaupun isu ini telah diketahui dalam organisasi mereka, laporan tersebut mendakwa Meta memilih untuk mengehadkan tindakan penguatkuasaan terhadap iklan scam bagi mengelak impak terhadap hasil iklan syarikat.

Scammer tidak diharamkan, tapi dikenakan caj iklan lebih tinggi

Menurut laporan Reuters, Meta hanya akan menyekat akaun pengiklan jika sistem dalaman mereka 95% pasti bahawa akaun tersebut menjalankan iklan penipuan. Jika tahap keyakinan itu berada di bawah ambang yang ditetapkan, syarikat dilaporkan akan mengenakan kadar iklan yang lebih tinggi kepada pengiklan yang disyaki, ataupaun dikenali sebagai “penalty bids”.



Pada tahun 2023, pasukan keselamatan Meta dianggarkan menerima kira-kira 100,000 laporan berkaitan iklan penipuan setiap minggu daripada pengguna. Namun begitu, sekitar 96% daripada laporan tersebut diabaikan atau ditolak secara salah oleh Meta.

Satu memo dalaman yang diperoleh Reuters turut mendakwa bahawa Meta telah menetapkan “had perlindungan hasil” (revenue guardrails) yang menghalang kakitangan mereka daripada mengambil tindakan jika ia boleh menjejaskan lebih 0.15% hasil syarikat, bersamaan kira-kira USD135 juta (RM640 juta) dalam separuh pertama 2025.

Mengulas tentang pendedahan ini, jurucakap Meta, Andy Stone, berkata anggaran dalaman yang menyatakan 10.1% hasil datang daripada iklan penipuan adalah “kasar dan terlalu meluas”, sambil menegaskan bahawa angka sebenar lebih rendah kerana turut merangkumi “banyak iklan yang sah”.

Seperti yang dipetik Reuters, wakil Meta itu berkata, “Kami agresif memerangi penipuan dan scam kerana pengguna di platform kami tidak mahu kandungan seperti ini, pengiklan sebenar juga tidak mahukannya — dan kami sendiri pun tidak mahu.

Beliau turut menambah bahawa dalam tempoh 18 bulan yang lalu, Meta telah berjaya mengurangkan laporan pengguna tentang iklan penipuan di seluruh dunia sebanyak 58%, dan setakat tahun 2025, mereka telah memadam lebih 134 juta iklan penipuan.

Meta hanya beri keutamaan di negara yang berisiko undang-undang

Dalam masa sama, laporan oleh Reuters juga mendapati bahawa Meta hanya memberi keutamaan kepada negara yang mempunyai risiko tinggi dikenakan tindakan oleh pengawal selia tempatan.

Dokumen itu turut menyatakan Meta bercadang untuk mengurangkan hasil daripada iklan penipuan, perjudian haram dan barangan terlarang daripada 10.1% pada 2024 kepada 7.3% menjelang akhir 2025. Menjelang akhir 2026, mereka mensasarkan untuk menurunkan angka itu lagi kepada 6%, dan seterusnya 5.8% pada 2027.

Meta masih tiada lesen, rakyat Malaysia terus terperangkap dengan iklan scam

Susulan pendedahan ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengkritik Meta kerana mendapat keuntungan daripada iklan scam, sedangkan MCMC terpaksa membelanjakan banyak masa dan sumber untuk melaporkannya. Menurut beliau, dari Januari hingga Oktober 2025, MCMC telah menghabiskan 22 tahun jam kerja manusia (manhours) hanya untuk melaporkan iklan scam di platform Meta.

Fahmi mencadangkan agar Meta dikenakan caj untuk masa dan sumber yang digunakan kerajaan bagi menangani masalah ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa Meta menjana sekitar RM2.5 bilion hasil iklan di Malaysia pada 2023, bermakna jika laporan Reuters benar, sekitar RM250 juta hasil tempatan datang daripada iklan scam dan perjudian haram.

Walaupun Malaysia telah memperkenalkan peraturan media sosial, Meta masih beroperasi tanpa lesen hampir setahun. Di bawah peraturan tersebut, adalah haram bagi platform media sosial dengan 8 juta pengguna di Malaysia untuk beroperasi tanpa lesen ASP yang dikeluarkan oleh MCMC. Keperluan lesen ini bertujuan untuk memastikan persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia dan untuk menjadikan platform bertanggungjawab terhadap kemudaratan dalam talian termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan penipuan kewangan.

Berdasarkan semakan, hanya TikTok, WeChat dan Telegram yang telah memperoleh lesen yang diperlukan di bawah peraturan ini.

Menurut MCMC, tindakan sewajarnya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 126 akan diambil terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan yang terus beroperasi tanpa lesen bermula 1 Januari 2025.

Jika disabit kesalahan, penyedia perkhidmatan boleh didenda sehingga RM500,000, atau dipenjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Platform juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan. Malangnya, setakat ini MCMC dan kerajaan Malaysia belum mengambil tindakan tegas untuk menghukum Meta atas kegagalannya mematuhi keperluan lesen.

Kerajaan sedang menimbangkan supaya platform media sosial menjalankan eKYC (electronic Know Your Customer) mandatori untuk melindungi kanak-kanak dalam talian dan memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan platform dilaksanakan dengan betul. Daripada memberi fokus kepada pengguna, mungkin sudah tiba masa kerajaan memfokuskan kepada pengiklan memastikan setiap akaun yang mengiklankan di platform seperti Meta diverifikasi sepenuhnya sebelum dibenar disiarkan kepada rakyat Malaysia.

Meta nampaknya tiada masalah mematuhi arahan kerajaan Singapura, termasuk memperkenalkan keperluan pengesahan untuk semua pengiklan Facebook yang mensasarkan pengguna di Singapura serta mendedahkan nama individu atau syarikat penaja iklan.

Namun, persoalannya tetap: adakah Meta akan patuh kepada peraturan Malaysia, jika lesen untuk beroperasi pun masih belum diperoleh?

Tags: Facebookinstagramlesen media sosialMCMCmedia sosialmetaSCAMSKMMwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Meta dilapor jana RM75 bilion daripada iklan scam 2024, 96% laporan pengguna diabaikan

Meta dilapor jana RM75 bilion daripada iklan scam 2024, 96% laporan pengguna diabaikan

11 November 2025
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN