• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MOT: Saman tertunggak tak jejaskan kelayakan subsidi BUDI95

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:48 pm
  • 09/12/2025
  • Komen
Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengangkutan (MOT) kini menjelaskan bahawa semua rakyat Malaysia yang layak masih boleh menikmati harga RON95 bersubsidi RM1.99 seliter, walaupun mempunyai saman tertunggak. Ini selepas terdapat laporan yang mendakwa kegagalan menjelaskan saman bakal mengakibatkan kehilangan kelayakan subsidi BUDI95.

Menurut MOT, tiada kaitan antara saman dan kelayakan subsidi kerana kedua-duanya mekanisme yang berbeza dan beroperasi secara berasingan.



Di bawah dasar BUDI95, penerima layak akan menerima kuota 300 liter sebulan untuk petrol RON95 pada harga bersubsidi, selagi anda:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad
  • Mempunyai lesen memandu yang sah

Pengguna boleh semak kelayakan dan baki kuota melalui portal BUDI95 atau aplikasi pihak ketiga seperti TNG eWallet, Setel, Caltex Go dan Shell App.



Sebelum ini dilaporkan terdapat 4.95 juta saman JPJ bernilai RM1.48 bilion dan saman polis bernilai RM6.6 bilion yang masih belum dibayar. Ini menimbulkan kekeliruan selepas beberapa laporan menyebut subsidi mungkin disekat kerana ia dikaitkan dengan lesen memandu.

Untuk menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, JPJ dan PDRM kini menawarkan diskaun sehingga 70% sehingga 30 Disember 2025.

Tags: Anthony LokeBUDI95kementerian pengangkutanRON95
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi

MOT: Saman tertunggak tak jejaskan kelayakan subsidi BUDI95

9 December 2025
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN