• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing lancar Phone (3a) Community Edition pada RM1,699, terhad 1,000 unit sahaja

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:36 pm
  • 10/12/2025
  • Komen
Nothing lancar Phone (3a) Community Edition pada RM1,699, terhad 1,000 unit sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing kini memperkenalkan Phone (3a) Community Edition, versi khas kepada Phone (3a) yang dilancar pada Mac lalu. Edisi ini dibangunkan melalui Community Edition Project 2025, inisiatif yang memberi peluang kepada kreator dan peminat untuk terlibat dalam pembangunan produk merangkumi reka bentuk perkakasan, perisian, aksesori, serta pemasaran.

Namun, projek ini hanya melibatkan model Phone (3a) biasa dan tiada versi Pro. Projek ini juga bukan perkara baharu, kerana edisi 2024 sebelum ini turut menerima pengiktirafan iF Design Gold Award.



Untuk edisi 2025, Nothing menerima lebih 700 penyertaan untuk edisi 2025 merentasi empat kategori utama. Daripada jumlah itu, empat pemenang utama dipilih berdasarkan keaslian idea, kemahiran, dan kebolehan memajukan identiti reka bentuk Nothing, dan pemenang tersebut adalah:

  • Hardware Design: Emre Kayganacl
  • Accessory: Ambrogio Tacconi & Louis Aymonod
  • Lock Screen Clock & Wallpaper: Jad Zock
  • Marketing Campaign: Sushruta Sarkar

Setiap pemenang juga menerima hadiah wang tunai £1,000 dan bekerjasama secara langsung dengan pasukan Nothing di London.



Nothing Phone (3a) Community Edition

Menurut Nothing, rekaan phone (3a) Community edition ini diinspirasi daripada estetik lewat 90-an dan awal 2000-a, dengan palet warna lebih menyerlah bewarna hijau, namun masih mengekalkan identiti visual Nothing. Edisi khas Phone (3a) ini turut hadir dengan aksesori berbentuk dadu direka dengan angka yang menggunakan font Nothing Ndot 55.

Bahagian perisian pula menampilkan jam lock screen dengan variasi ketebalan font untuk keterlihatan lebih jelas, serta wallpaper eksklusif dalam empat versi, dua biru dan dua ungu, lengkap dengan easter egg tersembunyi. Kempen pemasaran untuk edisi ini menggunakan slogan “Made Together”, menekankan konsep kolaborasi komuniti.

Dari segi spesifikasi, model edisi khas masih kekal sama seperti model asalnya. Ia menampilkan paparan 6.77 inci jenis AMOLED dengan resolusi FHD+, menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits. Prestasinya digerakkan oleh cip Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, telefon ini dilengkapi tiga kamera belakang, kamera utama 50MP dengan OIS dan sensor 1/1.57 inci, kamera ultralebar 8MP dengan sensor 1/4 inci, serta kamera telefoto 50MP dengan sensor 1/2.75 inci yang menyokong zum optikal 2x dan zum digital sehingga 30x. Kamera hadapan pula adalah 32MP

Tenaga dibekalkan oleh bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 50W melalui USB-C. Ia juga diiktiraf kalis air dan debu IP64.

Harga Nothing Phone (3a) Community Edition

Nothing Phone (3a) Community Edition ditawarkan di semua pasaran, termasuk Malaysia dan dijual pada harga RM1,699 dalam satu konfigurasi 12GB + 256GB. Sebagai perbandingan, ia adalah harga yang sama dengan model Phone (3a) asal.

Untuk edisi khas ini, Nothing hanya menghasilkan 1,000 unit. Pendaftaran minat dibuka dari 9 hingga 11 Disember menerusi nothing.tech, manakala jualannya bermula pada 12 Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang Phone (3a) Community Edition, anda boleh layari laman rasmi Nothing.

Tags: NothingNothing Phone (3a) Community EditionNothing Phone 3a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Nothing lancar Phone (3a) Community Edition pada RM1,699, terhad 1,000 unit sahaja

Nothing lancar Phone (3a) Community Edition pada RM1,699, terhad 1,000 unit sahaja

10 December 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

7 August 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER